APA KEJADAH PERKASA KEPALAI "1 MELAYU 1 BUMI"?

Perkasa berkata pertubuhan bukan kerajaan itu akan mengepalai gerakan “1Melayu, 1Bumi” yang disaran akhbar milik Umno semalam sambil memberi kaum Melayu amaran kononnya komuniti Cina mahukan kuasa politik muktamad.


Dalam pendirian menyokong gesaan Utusan Malaysia, Setiausaha Agung Perkasa Syed Hassan Syed Ali berkata, kumpulan itu tiada masa “selesa” lagi untuk menunggu parti-parti Melayu bertindak.

“Perkasa akan memikul tanggungjawab menggerakkan gelombang 1Melayu, 1Bumi, di mana adalah jelas masyarakat Cina menerusi DAP cuba mahu mengambil alih kuasa politik Melayu,” katanya
“Gerakan ini akan menjadi sebahagian daripada perhimpunan Melayu ketiga Perkasa di Kedah 30 April ini, (yang diadakan) di Stadium Sultan Abdul Halim,” kata Syed Hassan lagi.

Dalam tulisan ruangan Cuit semalam, Penolong Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Zaini Hassan berkata, DAP telah berjaya menjadi parti Cina yang telah menyatupadukan orang Cina.

Katanya, hanya kuasa mutlak politik yang belum dikuasai sepenuhnya oleh orang Cina tetapi yang lain “semua sudah.”

... "1 Islam.. 1 Dunia"... Takbir!!!

Ulasan

Catatan Popular