7 Apr 2011

anwar teruskan-jangan tunduk
chedet7 Apr 2011 3 Komentar





OLEH : JAMALUDIN MD.ISA(Penulis Bebas)



SEMAKIN hebat semakin berat ujian getir terhadapmu DSAI, dari isu liwat 1997/1998, ke isu fitnah ke 2 kes Shaiful dan terkini Dato T dengan kembara video lucah yang menggegarkan. Apa pun rencana dan pakatan jahat untuk menamatkan kerjaya politik Nasional anda belum tentu berjaya. Waktu anda di penjara Sg Buluh dahulu, para konspirasi politik dalam UMNO telah berkenduri besar bagi merayakan kejatuhan anda dari pentas politik negara. Tetapi percayai wahai DSAI terhadap segala apa yang ditakdirkan oleh AllahSWT melalui firmannya "Jika Allah menimpakan sesuatu kemudaratan kepadamu, maka tidak ada yang dapat menghilangnya kecuali Dia. Dan jika AllahSWT menghendaki kebaikan bagi kamu, maka tidak ada yang dapat menolak kurniaNYA, Dia memberi kebaikan itu kepada sesiapa yang Dia kehendaki di antara hamba-hambaNYA. Dan Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha penyayang(Surah Yunus ; ayat 107) Harapan saya sekalipun hebat dan segetir mana usaha mereka untuk memindahkan kamu dari persada politik Nasional belum tentu mereka akan berjaya. Jatuh bangun semula, masuk keluar penjara, konspirasi, fitnah dan terkini sebaran video lucah yang cukup memalukan bukan sekadar anda dan seluruh keluarga, tetapi kesan amat mendalam terhadap satu jenerasi Melayu mutakhir. Sekalipun pentas politik Melayu disimbah kekotoran yang menjijikan. Belum tentu DSAI akan tewas dalam politik Nasional. Pada saya ini ujian dan sunatulah terhadap pejuang tulin dan kental. Diuji, diseksa, dipenjara dan difitnah oleh musuh-musuh politik dan akhir anda akan kembali menguasai politik Nasional. Inilah yang amat menakutkan tokoh-tokoh besar UMNO terhadap anda. Justeru itu, ia tidak harus merasa gusar dan menghairankan, memang fitrahnya bagitu. Jangan perdulikan halangan itu dan "LAWAN TETAP LAWAN".
In Category :
DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN WANGSA MAJU Blog Rasmi DPPWM Facebook dan Twitter

3 ulasan:

  1. Bersabar dalam menegakkan Kebenaran dan keadilan sejati akan mencapai kejayaan akhirnya.. Insyaallah.

    kami percaya pakatan Rakyat akan berjaya dalan cita2 mereka. pedulikan dgn fitnah yang di tabur oleh Pemerintah BN,.. Insyaallah rakyat akan bersama dgn Pakatan Rakyat..

    BalasPadam
  2. Tiada siapa yg dapat menghalang kalau allah nak memberi.

    Dan tiada siapa yg dapat memberi kalau Allah menghalang.

    Bismillahillazi la yadhurru m'asmihi syaiunfil dhiwala fissama iwahuassami'ulalimmmmm......

    Mereka lupa Allah tidak tidur. Tapi kita perlu kpd tidur malah sering tertidur....

    Ya Allah peliharalah DSA. Lindungilah dia. Kurniakan dia sekeluarga kekuatan mental & fizikal. Kurniakanlah keluarga ini rezqi yg banyak halal lagi barokah. Engkau hancurkanlah musuh & sekutu2nya. Engkau tunjukan kebesaran Mu ya Allah ke atas mereka yg zolim.

    Kpd mereka yg zolim lkanatulloh. Engkau tunggulah balasan Allah yg setimpal dgn perbuatan kamu. Kalau kamu rasa kamu berkuasa Allah lagi maha berkuasa. Kalahkan mereka di PRU akan dtg ini ya allah.

    Sesungguhnya luasnya kerusi pemerintahan Allah ini meliputi langit & bumi. Tidak keberan bagi mu Ya allah untuk memelihara ke dua2nya.

    Mudahan2 tidak keberatan bagi Mu ya Allah untuk memberikan kemenangan kpd DSA & seluruh umat Malaysia yg mengharapkan perubahan kpd pemerintahan islam yg berlandaskan Al-Quran & hadis.

    BalasPadam
  3. ameeeeeeeeeeeeeeeen utk doa di atas

    BalasPadam

................................................................................................

SEBARANG INFAQ / DERMA BOLEH DISALURKAN KEPADA

AKAUN DEWAN PEMUDA PAS
KAWASAN WANGSA MAJU
No. Account : 564557122098
Bank : Maybank
Branch : Wangsa Maju

................................................................................................

Disclaimer

Disclaimer/ Penafian

The views expressed in the posts and comments of this blog do not necessarily reflect the Dewan Pemuda PAS Kaw. Wangsa Maju (DPPWM). They should be understood as the personal opinions of the author or commenter. Your words are your own, so be nice and helpful if you can.

Tulisan dan komen daripada pembaca terhadap artikel di atas adalah pandangan peribadi dan tidak mewakili pendirian dppwm.blogspot.com. DPPWM tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan dan komen berkenaan.