AMARAN WARGA TAMAN IBU KOTA!!!

MUSIM DENGGI makin menjadi-jadi di sekitar perumah Taman Ibu Kota. Mengikut statistik terkini 5 kes dilaporkan dari 6 hingga 14 April 2011. Terima kasih kepada pihak DBKL kerana pantas bertindak dan mula melakukan pemeriksaan rumah ke rumah serta meyembur racun nyamuk di sekitar kawasan Taman Ibu Kota. Di harapkan pihak DBKL menjalankan pemeriksaan yang kerap dan bukan hanya ketika terdapat kes-kes denggi sahaja.

Kami dari pihak Pemuda PAS Wangsa Maju, kami berharap semua penduduk sekitar Wangsa Maju khususnya penduduk Taman Ibu Kota mengambil langkah berjaga-jaga serta kerap membersihkan kawasan halaman rumah bagi mengelakan dari serangan ganas nyamuk Aedes di kawasan anda.

Berikut adalah tip-tips bagi mencegah denggi:

  • Perlindungan dari gigitan nyamuk.
  • Elak dari melawat atau berkunjung ke kawasan berisiko tinggi pada siang hari.
  • Musnahkan tempat-tempat pembiakan nyamuk.
  • Hapuskan nyamuk Aedes dewasa.
  • Lindungi diri anda dari gigitan nyamuk


Untuk mengelak dari gigitan nyamuk, seseorang itu perlulah mengetahui tabiat makan nyamuk dan menggunakan bahan penghindar nyamuk pada kulit yang terdedah apabila perlu. Pakai pakaian yang menutupi kebanyakan bahagian tubuh kerana ini boleh melindungi dari gigitan nyamuk. Pasangkan jaring nyamuk dan skrin pada tingkap untuk mencegah nyamuk dari memasuki rumah.

Elakkan dari membuat lawatan ke kawasan berisiko tinggi di waktu siang

Jalan terbaik ialah mengelak dari bertandang ke kawasan berisiko (kawasan bandar) di siang hari. Ini adalah kerana nyamuk Aedes bukanlah serangga malam. Waktu puncak ia mencari makan ialah di awal pagi dan awal senja.

Sekitar kawasan taman ibu kota


Musnahkan tempat pembiakan nyamuk

Cara lain untuk mencegah denggi ialah dengan memusnahkan tempat pembiakan nyamuk. Nyamuk Aedes membiak dalam tempat-tempat takungan air seperti tayar buruk dan bekas menyimpan air. Anda juga perlu selalu menukar air dalam pasu bunga dan bekas air minum haiwan peliharaan untuk mencegah nyamuk dari membiak. Apa yang anda dan keluarga perlu lakukan ialah:

  • Tutup dengan rapat semua bekas air seperti baldi, bejana air dan tong-tong atau masukkan ubat pembunuh jentik-jentik ke dalamnya.
  • Salin air dalam jambangan bunga setiap minggu.
  • Buangkan air dan basuh pengalas pasu bunga setiap minggu.
  • Periksa saluran air hujan (saluran bumbung) setiap minggu dan buang daun-daun kayu atau sampah sarap lain yang menyekat aliran air.
  • Bersihkan persekitaran rumah anda. Buangkan semua bekas atau benda yang boleh menakung air seperti tin-tin kosong dan botol ke dalam beg plastik dan letakkan dalam tong sampah yang bertutup.

Ulasan

Catatan Popular