3 Apr 2011

ALKITAB: BENARKAH 10 FORMULA MAMPU MASALAH?
abu nu'man3 Apr 2011 0 Komentar

KUALA LUMPUR, 2 April – Kerajaan pusat mengumumkan 10 langkah – perkembangan terbaru bagi menyelesaikan isu Alkitab yang masih berlarutan - antaranya kitab Injil dalam semua bahasa, termasuk Bahasa Malaysia atau Indonesia boleh diimpot ke Malaysia.


Formula penyelesaian lain ialah:

* Kitab Injil dalam bahasa etnik laik di Sabah dan Sarawak seperti Iban, Kadazan-Dusun dan Lun Bawang boleh dicetak dalam negeri dan diimpot masuk

* Bagi Sabah dan Sarawak yang mempunyai komuniti Kristian besar, tidak terdapat syarat kepada pengimpotan dan percetakan kitab Injil dalam Bahasa Malaysia/Indonesia dan bahasa asli lain. Syarat untuk cap “Penerbitan Kristian” dan juga nombor siri turut terkecuali dan tidak perlukan.

* Bagaimanapun, bagi menghormati komuniti Islam yang besar di Semenanjung Malaysia, Bible dalam Bahasa Malaysia/Indonesia mesti tertera dengan “Penerbitan Kristian” (“Christian Publication”) dan tanda Salib pada kulit hadapan.

* Demi semangat 1 Malaysia dan akuan bahawa ramai yang berhijrah antara Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia, tidak terdapat larangan bagi mereka yang membawa kitab Injil dan bahan bacaan Kristian semasa melawati negeri-negeri tersebut.

* Arahan telah dikeluarkan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri untuk memastikan isu kitab Injil ini diimplementasi dengan cara berkesan mengikut keputusan ahli kabinet. Tindakan disiplin akan diambil terhadap pegawai yang gagal mematuhi peraturan mengikut Perintah-perintah Am. Taklimat akan diberikan oleh pegawai tertinggi kerajaan termasuk Peguam Negara, kepada penjawat awam yang releven untuk memastikan pemahaman yang menyeluruh dan pelaksanaan yang mengikut perintah.

* Bagi kitab Injil dalam Bahasa Malaysia/Indonesia yang disita di Kuching, Gideon, para pengimpot boleh memungut 30,000 kitab Injil tersebut tanpa sebarang kos. Ini adalah berikutan tawaran daripada kumpulan penderma Kristian untuk membiayai kos yang terlibat. Tawaran sama juga telah dibuat untuk pengimpot 5,100 kitab Injil dalam Bahasa Malaysia/Indonesia di Pelabuhan Kelang yang telah dipungut oleh Bible Society Malaysia minggu lepas.

* Lebih daripada isu Alkitab dalam Bahasa Malaysia/Indonesia ini, kerajaan mengekalkan komitmen untuk terus bekerja dengan kumpulan Kristian dan juga kumpulan penganut agama lain untuk mencari jalan penyelesaian bagi isu-isu agama demi mengekalkan persefaham antara agama dan penyelesai mengikut Perlembagaan negara dan Undang Undang di Malaysia. Bagi mempercepatkan penyelesaian terhadap isu ini, Perdana Menteri Malaysia akan bertemu dengan wakil daripada Persekutuan Kristian Malaysia (CFM)

* Anggota Kbinet yang beragama Kristian turut akan bertemu dengan wakil daripada kumpulan-kumpulan Kristian untuk membincangkan isu-isu agama dan mencari jalan penyelesaian bersama lementerian yang relevan dan Perdana Menteri.

Idris berkata, “adalah harapan saya agar jalan penyelesaian yang berdasarkan 10 aspek yang telah dikemukakan diterima oleh kumpulan Kristian secara positif, adil dan munasabah.”
In Category :
DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN WANGSA MAJU Blog Rasmi DPPWM Facebook dan Twitter

0 Komentar

Catat Ulasan

................................................................................................

SEBARANG INFAQ / DERMA BOLEH DISALURKAN KEPADA

AKAUN DEWAN PEMUDA PAS
KAWASAN WANGSA MAJU
No. Account : 564557122098
Bank : Maybank
Branch : Wangsa Maju

................................................................................................

Disclaimer

Disclaimer/ Penafian

The views expressed in the posts and comments of this blog do not necessarily reflect the Dewan Pemuda PAS Kaw. Wangsa Maju (DPPWM). They should be understood as the personal opinions of the author or commenter. Your words are your own, so be nice and helpful if you can.

Tulisan dan komen daripada pembaca terhadap artikel di atas adalah pandangan peribadi dan tidak mewakili pendirian dppwm.blogspot.com. DPPWM tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan dan komen berkenaan.