WAJARKAH BIBLE BM DITAHAN?

KUALA LUMPUR, 14 Mac — Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa menyertai pemimpin-pemimpin bukan Islam dalam Pakatan Rakyat mengecam tindakan Kementerian Dalam Negeri menahan kitab Injil dalam Bahasa Malaysia sambil menegaskan penerbitan buku suci itu harus dihormati.


Ketika ditemui di bangunan Parlimen petang ini, Ahli Parlimen Bachok ini berkata, Islam mengiktiraf masyarakat Kristian di mana kitab Injil seharusnya dihormati dengan sewajarnya.

Menurut beliau, kitab Injil seharusnya dihormati tidak kira bahasa ia diterbitkan.

Katanya, beliau tahu bahawa kitab Injil juga wujud dalam tulisan Jawi, yang ada di negara ini pada masa sekarang.

“Ada banyak buku dalam pasaran, banyak buku Kristian ditulis dalam Bahasa Malaysia.

“Dan, jika ada yang tidak boleh baca dalam Bahasa Malaysia, mereka akan membaca dalam Bahasa Inggeris, jadi saya tidak melihat sebarang sebab mengapa Kitab Injil harus ditahan,” katanya.

Malah, Nasharudin juga menolak kebimbangan bahawa kitab Injil akan mendorong umat Islam menganut Kristian atas alasan bahawa mereka sebenarnya kuat akidah.

Katanya, setiap orang mempunyai hak untuk mengamalkan kepercayaan masing-masing.

Nasharudin juga berkata, sensitiviti isu itu berkaitan dengan penggunaan kalimah “Allah” oleh bukan Islam yang beliau sifatkan sebagai sesuatu yang “rigid.”

“Kemungkinan ia adalah disebabkan tafsiran yang terlalu rigid mengenai kalimah Allah yang menyebabkan isu ini. Tetapi, penahanan satu buku hanya kerana ia dalam Bahasa Malaysia, beranggapan bahawa ia mungkin menyebabkan penyebaran agama Kristian,” katanya lagi.

Banyak pihak termasuk rakan-rakan PAS dalam Pakatan Rakyat, menggesa Putrajaya tidak lagi menahan kitab Injil dalam Bahasa Malaysia daripada dibawa masuk ke negara ini.

Ulasan

  1. APA MASALAHNYA????

    KES MURTAD TIDAK KAITAN LANGSUNG
    DENGAN VERSI INJIL DALAM BM

    BalasPadam
  2. Jauhilah-pada-perkara-yang akan mengakibatkan kejatuhan--------Bible bukan injil ianya riwayat dan injil dan tokok tambah maka ianya palsu jangan tegakkan benang yang basah....orang kristian yangau ka? alim tu.tahu...anta tak at

    BalasPadam
  3. Bible mana ada palsu..suka hati jak. Ceh..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular