SS DR HARUSSANI... MASIH INGAT DIALOG IBLIS DENGAN ALLAH???

“Siapa nak jumpa saya, datang jumpa di pejabat saya, saya tak perlu untuk jumpa mereka.



“Bukan saya yang berhasrat untuk mengadakan pertemuan,” kata Harussani.

Kenapa perlu kita sombong? Mungkin Dr Harussani lupa akan dialog Iblis dengan Allah ketika mana disuruh Iblis sujut kepada Nabi Adam, kata Iblis : "Engkau ciptakan aku dari api dan Adam dari tanah. Api lebih mulia dari tanah. Itu bererti yang aku lebih mulia dari Adam. Maka tidak sepatutnyalah aku sujud dan hormat terhadap Adam itu."... bukan ana nak kata yang TGNA itu Nabi... tapi sikap sombong itulah yang menyebabkan Iblas dihumbankan kedalam neraka selamanya..

KUALA LUMPUR, 9 Mac — Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria menegaskan beliau tidak perlu membuat penjelasan kepada Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berhubung tulisan responsnya menyentuh isu “undi PAS masuk syurga”, Ahad lalu.


Ini kerana, jelas Harussani, sekiranya penjelasan diberikan kepada Nik Aziz, Menteri Besar Kelantan itu akan tetap mengeluarkan kenyaataan yang bercanggah dengan kehendak agama Islam.

Selain itu, Harussani percaya Nik Aziz akan tetap menggunakan hukum agama dalam politik yang boleh mengelirukan umat Islam.

“Saya tak perlu untuk buat penjelasan terhadap beliau (Nik Aziz), kalau saya jelaskan nanti sama juga apa yang akan beliau katakan.

“Saya tegaskan masalah Nik Aziz kerana mengaitkan hukum agama dalam politik, saya tahu dalam Islam politik dan agama memang tak boleh lari tapi masalahnya apabila ada pemimpin yang gunakan hukum Islam untuk raih undi,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Beliau berkata, Nik Aziz tidak layak untuk menentukan sama ada seseorang individu itu masuk syurga atau tidak.

“Syurga adalah hak Tuhan... bukan hak kita sebagai manusia untuk menentukanya.

“Bukan hak kita untuk cakap macam itu, ini adalah kuasa Tuhan,” tegasnya.

Nik Aziz telah menghantar surat rasmi memohon penjelasan Harussani ekoran penyataan “undi PAS masuk syurga” semalam.

Harussani baru-baru ini dilaporkan menasihatkan Nik Aziz, agar tidak menggunakan hukum agama untuk meraih undi kerana dibimbangi mengelirukan umat Islam.

Surat itu dihantar pagi semalam oleh pejabat Nik Aziz.

Mengenai hasrat Dewan Pemuda PAS Perak untuk menjadi orang tengah, Harussani berkata, beliau tidak memerlukan sesiapa untuk mengaturkan pertemuan dengan Nik Aziz.

Sebaliknya, beliau berkata sesiapa sahaja termasuk Nik Aziz jika ingin menemuinya boleh terus datang ke pejabat Mufti Perak.

Ulasan

  1. katakan lah yg nak jumpa tu ialah MB perak ke,Trengganu ke atau mana2 mbnye BN,apakah gitu angkuh n kalu ikut arwah emak aku kurang sikit adabnya ' cakap gini ,kita kan org melayu yg terkenal ng adab sopan n budi bahasa,seingat sylah,tak penah TGNA berkasar bahasa sekalipun pd orng yg menyerangnye dngn kata2 yg kurang enak,gitu gak ngan ulama2 lain dlam pas spti Datuk Haron Din n lain,bahasa sentiasa berhemah n lembut n sopan..seklipun dngn lawan yang disebutk memeng menyalahi hukum agama,nak way camna?

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular