28 Mac 2011

RUMAH AZMIN ALI DIKEPUNG... APA CERITA?
abu nu'man28 Mac 2011 0 Komentar

KUALA LUMPUR, 28 Mac — Timbalan Presiden PKR Azmin Ali diberi notis lewat malam tadi mengarahkan beliau bertemu dengan polis pagi ini, dipercayai berhubung kekecohan ketika majlis pelancaran “Datuk Najib Altantuya (DNA)” di Taman Melawati dekat sini, Jumaat lalu.

Kenyataan media PKR yang dihantar tengah malam tadi menyebut, rumah beliau di Ampang dekat sini turut dikepung polis.

“YB Azmin Ali, Timbalan Presiden PKR dan Ahli Parlimen Gombak memaklumkan rumahnya sedang dikeliling pihak polis,” kata kenyataan media ringkas PKR.

“Buat masa ini belum ada maklumat lanjut,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad menerusi akaun Twitternya pula berkata, “polis sedang mengepung rumah @Azminali sekarang.”

Akaun Twitter PKR Wilayah Persekutuan pula menyebut: “@AzminAli diminta lapor diri ke balai polis esok (hari ini); isu ceramah 25/3 tiada permit. Mengikut sumber beliau mungkin akan ditahan.”

Difahamkan 20 hingga 30 anggota polis berada di pekarangan rumah Azmin sekitar pukul 11.30 malam tadi untuk menyerahkan notis perintah hadir di balai polis.

Notis tersebut dikatakan diterima oleh isterinya kerana ketika itu Azmin menghadiri satu mesyuarat di sebuah hotel di Ampang Azmin yang dihubungi The Star berkata, beliau dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh isterinya.

“Dia berkata bahawa notis tidak memberikan sebab bagi saya perlu hadir di ibu pejabat polis Ampang pukul 10 pagi (hari ini),” katanya lagi.

Majlis Jumaat lalu anjuran PKR, yang didakwa diadakan tanpa permit polis, berubah menjadi ‘hodoh’ apabila anggota polis cuba menghentikan Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada meneruskan ucapannya, menyebabkan penyokong beliau marah lalu menyerang pasukan keselamatan.

Ketua Umum PKR itu, yang merupakan pemimpin terakhir berceramah telah menyampaikan ucapannya sekitar 13 minit ketika polis mula campur tangan sedangkan dikatakan telah diberi 15 minit untuk berucap.

Kira-kira 10 anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) diletakkan untuk mengawal tempat majlis itu diadakan.
In Category :
DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN WANGSA MAJU Blog Rasmi DPPWM Facebook dan Twitter

0 Komentar

Catat Ulasan

................................................................................................

SEBARANG INFAQ / DERMA BOLEH DISALURKAN KEPADA

AKAUN DEWAN PEMUDA PAS
KAWASAN WANGSA MAJU
No. Account : 564557122098
Bank : Maybank
Branch : Wangsa Maju

................................................................................................

Disclaimer

Disclaimer/ Penafian

The views expressed in the posts and comments of this blog do not necessarily reflect the Dewan Pemuda PAS Kaw. Wangsa Maju (DPPWM). They should be understood as the personal opinions of the author or commenter. Your words are your own, so be nice and helpful if you can.

Tulisan dan komen daripada pembaca terhadap artikel di atas adalah pandangan peribadi dan tidak mewakili pendirian dppwm.blogspot.com. DPPWM tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan dan komen berkenaan.