30 Mac 2011

'Peguam Negara tolak dakwaan Rahim akan terlepas dakwaan'.. (aku pun tak paham)
abu nu'man30 Mac 2011 1 Komentar

Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail mengetepikan tanggapan seorang bekas pegawai kanan polis bahawa Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik akan terlepas daripada dakwaan berkaitan pendedahan skandal video seks.

Gani berkata beliau belum lagi melihat kertas siasatan.

“Saya belum lagi melihat kertas siasatan,” kata Gani kepada The Malaysian Insider.

Polis telah menubuhkan pasukan khas menyiasat kes tersebut.

“Bagaimana anda boleh siarkan macam itu,” kata beliau mengulas kenyataan bekas pengarah siasatan jenayah Kuala Lumpur Datuk Mat Zain Ibrahim kelmarin, yang berkisar isu pendedahan rakaman video seks oleh tiga “Datuk T” termasuk Abdul Rahim, bekas ketua menteri Melaka.

Menurut kenyataan “Datuk T” aksi seks didakwa melibatkan Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketika diminta mengulas lanjut, Gani hanya mengulangi pendirian yang sama dengan menegaskan beliau belum melihat lagi kertas siasatan.

“Saya belum melihat apa-apa lagi. Ini respons saya,” kata Gani.




(gambar takde kaitan dengan cerita kat atas pun... saja nak tunjuk puak-puak nie sama minum teh o cam parpukari...wakakakaka)
In Category :
DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN WANGSA MAJU Blog Rasmi DPPWM Facebook dan Twitter

1 ulasan:

  1. bertaubat nasuha la dik. umur makin lama makin pendek, bukan makin panjang. air setan tu tak bawa kita ke puncak dunia tapi ke lembah neraka. insaflah. amin!

    BalasPadam

................................................................................................

SEBARANG INFAQ / DERMA BOLEH DISALURKAN KEPADA

AKAUN DEWAN PEMUDA PAS
KAWASAN WANGSA MAJU
No. Account : 564557122098
Bank : Maybank
Branch : Wangsa Maju

................................................................................................

Disclaimer

Disclaimer/ Penafian

The views expressed in the posts and comments of this blog do not necessarily reflect the Dewan Pemuda PAS Kaw. Wangsa Maju (DPPWM). They should be understood as the personal opinions of the author or commenter. Your words are your own, so be nice and helpful if you can.

Tulisan dan komen daripada pembaca terhadap artikel di atas adalah pandangan peribadi dan tidak mewakili pendirian dppwm.blogspot.com. DPPWM tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan dan komen berkenaan.