MUKA DOK MALU... UMNO CIPLAK BUKU JINGGA..

Parti Keadilan Rakyat (PKR) juga mendakwa pengumuman terbaru pimpinan Barisan Nasional (BN) tentang insentif Tawaran Baru untuk guru dan pembayaran “CESS” untuk peneroka Felda menunjukkan bahawa BN terus menciplak dasar-dasar daripada Buku Jingga Pakatan Rakyat.


Tawaran Baru untuk guru yang diumumkan semalam oleh Muhyiddin, yang juga timbalan presiden Umno dan Menteri Pelajaran di Merlimau termasuk insentif untuk guru besar-guru besar dan juga insentif untuk guru-guru berjumlah RM18.4 juta.

Menerusi Buku Jingga, Pakatan Rakyat telah mengumumkan elaun khas RM500 sebulan untuk semua guru menjelang 100 hari pertama pentadbiran kerajaan persekutuan perikatan itu dalam usaha menghargai peranan guru dan memulakan proses penstrukturan sistem pendidikan negara.
“Di Kerdau pula Najib mengumumkan bayaran CESS yang selama ini disekat daripada dituntut oleh peneroka Felda boleh dituntut menerusi tiga pilihan,” kata Nik Nazmi.
Bayaran CESS adalah wang yang ditolak daripada penjualan getah untuk proses penanaman semula dan telah disekat apabila peneroka bertukar ke kelapa sawit pada 2004.
Bayaran sebanyak RM5,000 dibuat pada pilihan raya umum 2008 tetapi Felda masih berhutang RM13,000 termasuk faedah kepada setiap peneroka terbabit.

“Kami yakin perbahasan tersebut sekiranya diadakan di Kuala Lumpur, Kerdau ataupun Merlimau merupakan peluang terbaik untuk rakyat Malaysia menilai sendiri Buku Jingga,” katanya.

Ulasan

Catatan Popular