9 Mac 2011

MENERJAH BADAI JAWAB MENUJU PAS BARU
abu nu'man9 Mac 2011 0 Komentar

KUALA LUMPUR, 9 Mac — ust Riduan Mohamad Nor yang juga merupakan Exco Pemuda PAS pusat muncul dengan buku bagi menjawab “Menuju PAS Baru” tulisan Dr Mujahid Yusuf Rawa sambil mendakwa karya Ahli Parlimen Parit Buntar itu “jauh tersasar” dalam mengetengahkan hujahnya mengenai parti Islam tersebut.


Beliau yang menghasilkan buku menjawab tulisan Mujahid dengan tajuk “Menerjang Badai: 60 Tahun Mempersada Perjuangan” berkata, “saya merasa terpanggil dan bertanggungjawab untuk memberikan pandangan kedua.”

“Saya menyemak lembaran demi lembaran yang dituang oleh Dr Mujahid berulang-ulang kali dan merasa agak tersinggung dengan pemerincian sejarah dan cara beliau mempersepsikan setiap aluran sejarah itu dengan tanggapan sendiri, yang cuba dibenarkan dengan tema konflik.”

Menurut Riduan, PAS sebagai gerakan massa yang menampung kepelbagaian ahli sudah tentu tidak sunyi dengan konflik.

“Begitulah juga dengan gerakan Islam lain di seluruh belahan di dunia, tetapi wajah konflik ini ditulis dengan begitu kurang berhati-hati oleh sahabat saya itu (Mujahid),” kata Riduan dalam buku setebal 200 halaman, yang kini berada dalam pasaran.
In Category :
DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN WANGSA MAJU Blog Rasmi DPPWM Facebook dan Twitter

0 Komentar

Catat Ulasan

................................................................................................

SEBARANG INFAQ / DERMA BOLEH DISALURKAN KEPADA

AKAUN DEWAN PEMUDA PAS
KAWASAN WANGSA MAJU
No. Account : 564557122098
Bank : Maybank
Branch : Wangsa Maju

................................................................................................

Disclaimer

Disclaimer/ Penafian

The views expressed in the posts and comments of this blog do not necessarily reflect the Dewan Pemuda PAS Kaw. Wangsa Maju (DPPWM). They should be understood as the personal opinions of the author or commenter. Your words are your own, so be nice and helpful if you can.

Tulisan dan komen daripada pembaca terhadap artikel di atas adalah pandangan peribadi dan tidak mewakili pendirian dppwm.blogspot.com. DPPWM tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan dan komen berkenaan.