18 Mac 2011

MACAM BERANI JE SPRM SIASAT TAIB MAHMUD
abu nu'man18 Mac 2011 1 Komentar

KUALA LUMPUR, 18 Mac — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu menyiasat dakwaan rasuah melibatkan Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud bagi memperbaiki reputasi Malaysia di peringkat antarabangsa, kata Transparency-International Malaysia (TI-M) hari ini.


Gesaan ini dibuat ketika negeri itu bersiap sedia untuk mengadakan pilihan raya negeri.

Badan pemantau antirasuah itu menggesa SPRM agar mengambil tindakan segera memandangkan tuduhan terhadap Taib, ketua menteri paling lama memegang jawatan, sudah muncul di media asing sekarang.

“Transparency-International risau mengenai kewibawaan negara dan juga imej kita jika siasatan tidak dijalankan,” kata Presiden TI-M Datuk Paul Low kepada pemberita hari ini.

“Dakwaan berkaitan dengan kekayaan yang begitu banyak (jumlahnya), yang diperoleh oleh mereka yang rapat dengan beliau (Taib), keluarga beliau, saudara mara, (dan juga) rakan-rakannya,” kata beliau sambil menambah, siasatan yang sewajarnya perlu dijalankan untuk membersihkan tanggapan bagaimana kekayaan itu dikumpulkan.
In Category :
DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN WANGSA MAJU Blog Rasmi DPPWM Facebook dan Twitter

1 ulasan:

................................................................................................

SEBARANG INFAQ / DERMA BOLEH DISALURKAN KEPADA

AKAUN DEWAN PEMUDA PAS
KAWASAN WANGSA MAJU
No. Account : 564557122098
Bank : Maybank
Branch : Wangsa Maju

................................................................................................

Disclaimer

Disclaimer/ Penafian

The views expressed in the posts and comments of this blog do not necessarily reflect the Dewan Pemuda PAS Kaw. Wangsa Maju (DPPWM). They should be understood as the personal opinions of the author or commenter. Your words are your own, so be nice and helpful if you can.

Tulisan dan komen daripada pembaca terhadap artikel di atas adalah pandangan peribadi dan tidak mewakili pendirian dppwm.blogspot.com. DPPWM tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan dan komen berkenaan.