29 Mac 2011

KU LI HINA ORG CINA: "ORG CINA MINAT PERJUDIAN LOTERI"
abu nu'man29 Mac 2011 0 Komentar

Ku Li wajib minta maaf secara terbuka kepada masyarakat Cina di seluruh Malaysia.

GUA MUSANG, 28 Mac – Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah menyifatkan langkah kerajaan PAS Kelantan mengharamkan segala perjudian termasuk loteri kebajikan sebagai tindakan terburu-buru.

“Kerajaan PAS Kelantan tidak sewajarnya bertindak secara keterlaluan kerana perjudian seperti itu adalah minat kaum Cina di Kelantan atau di mana-mana sahaja,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung Umno cawangan Chalil, dekat sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 17 Mac lalu yang meminta Penasihat Undang-Undang Negeri mengkaji semula pengharaman loteri ‘‘big sweep’’ di negeri itu.

Isu pengharaman loteri itu timbul berikutan tindakan Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam menyerbu dua buah kedai buku dan merampas tiket loteri itu bulan lepas.

DAP dan MCA membantah tindakan berkenaan dengan alasan ia bertentangan dengan perlembagaan negara yang membenarkan loteri kebajikan untuk bukan Islam.

Tengku Razaleigh, yang juga Ketua Umno bahagian Gua Musang berkata, setiap tindakan yang hendak diambil oleh kerajaan negeri itu hendaklah mengambil kira kepentingan kaum lain.

“Kita tidak menafikan fatwa yang dikeluarkan itu berdasarkan kepentingan agama Islam tetapi pada masa yang sama, kita harus melihat kepentingan kaum lain mengikut undang-undang,” katanya. – Bernama
In Category :
DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN WANGSA MAJU Blog Rasmi DPPWM Facebook dan Twitter

0 Komentar

Catat Ulasan

................................................................................................

SEBARANG INFAQ / DERMA BOLEH DISALURKAN KEPADA

AKAUN DEWAN PEMUDA PAS
KAWASAN WANGSA MAJU
No. Account : 564557122098
Bank : Maybank
Branch : Wangsa Maju

................................................................................................

Disclaimer

Disclaimer/ Penafian

The views expressed in the posts and comments of this blog do not necessarily reflect the Dewan Pemuda PAS Kaw. Wangsa Maju (DPPWM). They should be understood as the personal opinions of the author or commenter. Your words are your own, so be nice and helpful if you can.

Tulisan dan komen daripada pembaca terhadap artikel di atas adalah pandangan peribadi dan tidak mewakili pendirian dppwm.blogspot.com. DPPWM tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan dan komen berkenaan.