Hilangnya Pertama Eropah

Oleh DR RAJA AHMAD AL-HISS

Lajnah Antarabangsa Dewan Pemuda PAS Pusat merakamkan ucapan takziah buat keluarga Prof Dr Necmettin Erbakan, kepada Parti Saedat dan seluruh rakyat Turki atas pemergian Prof Necmettin Erbakan kerahmatullah kelmarin. Pemergian beliau adalah satu kehilangan besar buat rakyat Turki dan ummat Islam serantau.

Prof Erbakan adalah merupakan pelopor kepada gerakan Islam di Turki sejak kejatuhan Empayar Othmaniah pada tahun 1924. Sejak daripada itu Turki telah di perintah oleh regim sekular dibawah Kamal Attartuk. Sejak daripada itu Islam hanya menjadi amalan di masjid dan dalam majlis perkahwinan sahaja.

Ummat Islam yang ingin melaksanakan Islam akan diambil tindakan oleh regim Attartuk dan perlembagaan Turki sehingga ke hari ini masih menjadikan dasar Sekular sebagai tiang kepada sistem Negara mereka yang di payungi oleh tentera.

Namun sejak daripada itu, kumpulan-kumpulan Islam tidak berdiam diri untuk memastikan roh Islam dilaksanakan semula di Turki. Diantara pelopor kepada gerakan tersebut adalah Prof Dr Necmettin Erbakan yang menubuhkan Parti Refah pada 1983 dan akhirnya Berjaya memenangi pilihanraya umum Turki dan membentuk kerajaan campuran dimana Prof Erbakan dilantik mengetuai kerajaan campuran tersebut dan menjadi Perdana Menteri Turki pada tahun 1996.

Namun pemerintah dan tentera yang melihat kejayaan Erbakan dalam membawa Turki kearah era baru Islam mendakwa Erbakan cuba melanggari perlembagaan Negara iaitu cuba menghapuskan sistem Sekular kearah Islam menyebabkan akhirnya Parti Refah diharamkan pada 1998 dan Erbakan telah diharamkan dari bertanding pilihanraya.

Namun Prof Erbakan telah cuba menubuhkan beberapa parti baru namun juga tidak berjaya apabila pihak berkuasa Turki dapat menghidunya. Di akhir hayat beliau, dia berjaya mengasaskan Parti Saedat pada 2001 sebagai alternatif baru kepada rakyat Turki bagi yang cintakan Islam dan keamanan sehinggalah keakhir hayat beliau kelmarin.

Bagi pihak Dewan Pemuda PAS Pusat, kami merakamkan ucapan takziah dan semoga Allah mencuri rohnya dikalangan orang-orang yang beriman. Al-fatihah!

DR RAJA AHMAD AL-HISS
Pengerusi,
Lajnah Antarabangsa,
Dewan Pemuda PAS Malaysia.

Ulasan

Catatan Popular