GEMPAR! PEMIMPIN PUSAT GERAKAN KELUAR PARTI SEBAB UMNO

KUALA LUMPUR, 8 Mac — Dr Hsu Dar Ren, pemimpin pusat Gerakan, memutuskan untuk keluar parti komponen Barisan Nasional (BN) itu dengan menuding jari ke arah Umno, yang menurutunya mendominasi kuasa politik perikatan tersebut.


Dr Hsu mengumumkan keputusan mengejutkan ini ketika genap tiga tahun negara mengadakan pilihan raya umum ke-12 di mana BN kehilangan tambahan empat negeri dan majoriti dua pertiga di Parlimen pada 8 Mac 2008.

Salah satu negeri itu ialah Pulau Pinang di mana pemimpin Gerakan mengetuai kerajaan negeri itu selama 39 tahun.

“Gerakan sebuah parti yang mempunyai ideologi baik untuk melahirkan masyarakat yang adil dan saksama di Malaysia. Ia juga mempunyai ramai ahli yang (sangat) berhati-hati dalam menerima ideologi ini.

“Malangnya, dalam rangka kerja BN, di mana dalam politik bertunjangkan kaum, hegemoni Umno lebih berkuasa, mustahil bagi Gerakan merealisasikan pendirian ini,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

“Saya telah membuat satu keputusan besar (hari ini),” kata doktor perubatan ini dalam tulisan blognya.

“Saya telah memutuskan pada ulang tahun pilihan raya umum 8 Mac (hari ini), saya akan keluar Gerakan.

“(Keputusan) ini bukan kerana parti (Gerakan) itu sendiri, yang mempunyai ideologi yang baik, ramai ahli yang baik dan ramai kawan-kawan yang baik, tetapi lebih disebabkan dominasi Umno dalam setiap perkara dalam perikatan (BN),” katanya lagi.

Pemimpin Gerakan Wilayah Persekutuan ini juga berkata beliau kecewa dengan politik berasaskan kaum dan Gerakan sebenarnya semakin berjauhan daripada mencapai ideologi politiknya.

Katanya, disebabkan politik berasaskan kaum, negara ini telah negara berhadapan dengan polarisasi kaum paling buruk, yang tidak pernah disaksikan selama ini.

Ulasan

  1. Jaga2 PKR, tapis dulu apa-apa pun jangan jadi macam Zaid sudah...

    BalasPadam
  2. Khusus untuk DSAI sekadar peringatan dari saya sebagai pendokong PR dan selama saya berada di dalam PR ini tidak penah terlintas untuk menerima habuan dari parti ini.
    Jadi saya peringatkan supaya jangan menerima sesiapa pun untuk menyertai PKR dengan tanpa "tapisan keselamatan" supaya tidak berlaku lagi peristiwa "perayaan katak-katak melompat" atau "musang-musang berjanggut menyelinap dan menghancur".

    BalasPadam
  3. mangkuk ni nk 'kaw tim' La tu

    BalasPadam
  4. gerakan dah x brgerk dah,org kg aku kata paraLize

    BalasPadam
  5. Buakn Untuk disiarkan, TRO cuba melakukan test komen diblog ini.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular