DESAK NAJIB SAMA RAIS SERAH DNA... ADA BERAN?

PKR, gandingan Pakatan Rakyat, akan menghidupkan kontroversi kes bunuh Altantuya Shaaribuu menerusi kempen di seluruh minggu depan untuk menyerang balas gesaan sekumpulan NGO yang mahu Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan sampel DNA.


Ketua Umum Pakatan Rakyat itu menolak gesaan kumpulan tersebut sambil berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang seharusnya patuh untuk menyerahkan sampel DNA beliau dalam kes pembunuhan model Mongolia itu.

Begitu juga dalam kes dakwaan membabitkan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail (gambar) pula berkata partinya akan memulakan kempen DNA mereka minggu depan untuk membalas demonstrasi yang diadakan pertubuhan-pertubuhan terbabit semalam.

“DNA”, kata beliau adalah singkat kepada “Datuk Najib Altantuya”.

“Akan ada siri ceramah. Kami akan edarkan risalah untuk menjelaskan apa yang berlaku dalam kes DNA dan saya merujuk kepada Datuk Najib Altantuya kerana DNA tidak merujuk kepada kes Anwar,” kata beliau.

“Kami sudah sediakan kesemua dokumen yang relevan,” katanya lagi.

Anwar juga berkata beliau tidak takut untuk menyerahkan sampel DNAnya tetapi khuatir tentang kaedah digunakan oleh pendakwa dalam menguruskan bukti kes.

“Mereka mendakwa saya takut tetapi ia hanya pedaya politik jahat. Ini permainan mereka dan sekarang mereka bergantung pada dubur seorang untuk mempertahankan kuasa politik,” katanya.

Ulasan

  1. hahahaha.. bodoh sangat korang ni kan.. kalau najib da serah DNA nanti korang kate ujian tu tipu pulak kan.. nampak sangat pemikiran korang ni sempit.. bodoh.. maksud DNA pon tak tawu.. bodoh punya PAS!!!! harap je nama Islam.. tapi perangai macam sial.. bodoh!!!

    BalasPadam
  2. eh2...duk kutuk pas...tapi awk 2 xde budi bahasa...jaga la sikit nama parti awk 2..jgn duk sebut bo..h je..kang awk yg kene balik...smpai 7 keturunan nanti...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular