CABUL : 11 PELAJAR BERPAKAT FITNAH GURU???
Benarkan guru ini difitnah oleh sekumpulan pelajar yang tidak berpuas hati di atas tindakan guru disiplin itu merotan mereka gara-gara kegagalan pelajar itu untuk turun ke perhimpuna sekolah? Jika benar memang hebatlah sebab 11 orang baik punya berpakat untuk mengenakan guru disiplin tersebut.
Menurut sumber dari salah seorang guru yang mengajar disitu yang turut hadir semasa kes tersebut dibacakan, pelajar tersebut merupakan belajar yang bermasalah dan sering melakukan kesalahan disiplin dan guru itu juga mendakwa yang guru dispilin tersebut merupakan guru yang cemerlang di sekolah tersebut.
Sejauh mana dakwaan tersebut benar... walahu'alam....
Dalam perkembangan lain seorang ketua guru disiplin di sebuah sekolah menengah di sini, mengaku tidak bersalah diMahkamah Majistret, semalam terhadap 11 tuduhan mencabul pelajar perempuan berumur antara 15 dan 16 tahun,bulan lalu.
Guru itu didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya,Jaizah Jaafar Sidek yang menawarkan ikat jamin RM1,500 dengan seorang penjamin bagi setiap pertuduhan.
Bagaimanapun peguam, Amir Asree Meor Nordin yang mewakili Ismazi, memohon supaya wang jaminan dikurangkan kepada RM800 bagi setiap pertuduhan memandangkan tawaran pendakwaan itu tinggi.
Katanya, Ismazi ialah penanggung tunggal keluarga dan perlu menyara empat anak masih bersekolah kerana isterinya tidak bekerja.
”Sejak anak guam saya ditangkap 25 Februari lalu, berita mengenainya tersebar luas menyebabkan reputasi dan maruahnya sebagai penjawat awam tercalar.
”Tertuduh berkhidmat sebagai guru selama 23 tahun,” katanya.
“Rakan tertuduh yang rata-ratanya guru di sekolah sama turut hadir sebagai tanda sokongan moral terhadap tertuduh,” katanya.
Menurut sumber dari salah seorang guru yang mengajar disitu yang turut hadir semasa kes tersebut dibacakan, pelajar tersebut merupakan belajar yang bermasalah dan sering melakukan kesalahan disiplin dan guru itu juga mendakwa yang guru dispilin tersebut merupakan guru yang cemerlang di sekolah tersebut.
Sejauh mana dakwaan tersebut benar... walahu'alam....
Dalam perkembangan lain seorang ketua guru disiplin di sebuah sekolah menengah di sini, mengaku tidak bersalah diMahkamah Majistret, semalam terhadap 11 tuduhan mencabul pelajar perempuan berumur antara 15 dan 16 tahun,bulan lalu.
Ismazi @ Megat Ismazi Ismail, 48, (gambar) didakwa mencabul kehormatan 11 pelajar berkenaan dengan meletakkan tangannya di atas dada mereka dalam bilik guru disiplin antara jam 7.30 hingga 8.30 pagi, 25 Februari lalu.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya,Jaizah Jaafar Sidek yang menawarkan ikat jamin RM1,500 dengan seorang penjamin bagi setiap pertuduhan.
Bagaimanapun peguam, Amir Asree Meor Nordin yang mewakili Ismazi, memohon supaya wang jaminan dikurangkan kepada RM800 bagi setiap pertuduhan memandangkan tawaran pendakwaan itu tinggi.
Katanya, Ismazi ialah penanggung tunggal keluarga dan perlu menyara empat anak masih bersekolah kerana isterinya tidak bekerja.
”Sejak anak guam saya ditangkap 25 Februari lalu, berita mengenainya tersebar luas menyebabkan reputasi dan maruahnya sebagai penjawat awam tercalar.
”Tertuduh berkhidmat sebagai guru selama 23 tahun,” katanya.
“Rakan tertuduh yang rata-ratanya guru di sekolah sama turut hadir sebagai tanda sokongan moral terhadap tertuduh,” katanya.
Mungki ada benarnya, pelajar sekarang tidak macam dulu, jika guru itu bersalah kenapa ramai guru-guru yang turut menyokongnya.
BalasPadambila wartawan mensensasikan berita tanpa siasatan, jatuhlah hukuman 'guilty until proven innocent' spt dsai
BalasPadamKes Guru Dituduh Cabul 11 Pelajar
BalasPadamManipulasi dan Olokan Terhadap Kewarasan Berfikir
Saya adalah bapa kepada seorang pelajar SMK Pandan Mewah. Anak saya ada menceritakan tentang guru disiplin yang dituduh mencabul 11 orang pelajar. Pada mulanya saya tidak tertarik untuk ambil tahu tentang kes tersebut walaupun ia telah memenuhi dada-dada akhbar dan disiarkan dalam Buletin Utama TV3 keesokan harinya. Memang kepedulian sosial saya hanya terbatas di antara empat penjuru tiang rumah saya sendiri sahaja dan untuk melangkau jejak permasalahan yang timbul di sekeliling bukan menjadi persoalan saya.
sambung..
BalasPadamNamun setelah berkali-kali mendengar desas-desus dan keluhan anak saya tentang nasib guru disiplinnya yang dia anggap teraniaya, saya rasa terpanggil untuk menyorot secara dekat kes ini, apatah lagi ia melibatkan seramai 11 orang pelajar yang kesemuanya daripada satu kaum sahaja.
Saya cuba merisik keadaan sebenar dari pelbagai sumber yang rapat dengan pihak sekolah, antaranya terdiri daripada beberapa orang guru kenalan saya, pihak yang terlibat dengan PIBG dan juga pelajar-pelajar sekolah itu sendiri. Berita yang saya perolehi amat memeranjatkan saya justeru laporan akhbar yang dibuat pada hari kejadian sama sekali bertentangan dengan fakta-fakta yang saya kumpulkan.
...sambung
BalasPadamCikgu Ismazi ( tertuduh ) sebenarnya sudah berkhidmat sebagai Pegawai Pendidikan selama hampir 23 tahun. Saya dimaklumkan bahawa sepanjang tempoh itu, rekod trek beliau boleh dikatakan bersih, sangat berdedikasi, fokus kepada bidang tugas yang diamanahkan dan seorang yang penyantun. Ini menimbulkan suatu kemusykilan kepada diri saya sendiri; apakah berbaloi rekod bersih dalam tempoh perkhidmatan yang panjang itu boleh tercemar hanya kerana hukuman yang diberikannya kepada 13 orang pelajar yang melanggar disiplin sekolah ( termasuk dua orang pelajar lelaki yang tentunya tidak akan membuat dakwaan terhadap beliau )?
Pada hari malang tersebut, Cikgu Ismazi berada di dalam bilik Guru Disiplin bersama-sama dengan 14 orang pelajar, termasuk seorang pengawas sekolah yang ditugaskan membantu beliau. Pintu bilik yang terbuka lebar di samping kedudukan tingkap bilik yang terselak luas mudah dilihat dari luar melalui mana penjuru sekalipun. Sebelum hukuman dijalankan ke atas pelajar yang pertama, secara spontan beliau menyentuh bahagian leher pelajar berkenaan setelah pelajar tersebut mengadu demam semata-mata untuk memeriksa suhu badan dan debaran jantungnya. Ini dilakukannya terhadap semua pelajar yang menerima hukuman termasuklah juga dua orang pelajar lelaki.
...sambung lagi
BalasPadamSecara logiknya, tindakan Cikgu Ismazi tentulah dengan niat yang baik bagi menghindar pelajar-pelajar tersebut dari sebarang kemungkinan yang tidak diundang. Lagipun setelah pelajar-pelajar itu dihukum, dikatakan setiap orang pelajar itu mengucapkan terima kasih sambil bergurau dan bergelak ketawa sesama mereka yang menandakan bahawa tidak ada perlakuan melampau atau tindakan yang tersasar batas dilakukan oleh Cikgu Ismazi.
Dalam tempoh yang singkat sedemikian, dengan keadaan bilik yang dipenuhi oleh 14 orang pelajar dan terdedah kepada pandangan luar, sudah tentulah Cikgu Ismazi tidak akan melakukan perkara-perkara yang tidak senonoh, jauh sekali untuk berniat mencabul atau sengaja bertindak melulu merakam onar bagi mengundang malapetaka kepada dirinya sendiri. Apalah ‘feel’nya cabul itu di hadapan 14 pasang mata? Apalah ‘nikmat’nya membuat sentuhan sekilas di hadapan pelajar-pelajar lain yang sedang menunggu giliran untuk dihukum? Buas sangatkah Cikgu Disiplin itu sehingga tergamak ‘mencabul’ 11 orang pelajar perempuan dalam waktu yang singkat di hadapan khalayak penerima hukuman pada hari tersebut? Ganas sangatkah beliau hingga sanggup membelakangi kewarasan bagi melampiaskan hawa nafsunya?
Saya mendapat maklumat tentang kemungkinan adanya semacam konspirasi yang diatur oleh pihak tertentu untuk mengenakan Cikgu Ismazi. Jika tidak begitu bagaimana dalam hanya beberapa ketika kejadian di dalam sekolah itu boleh tersebar keluar dan membuka ruang kepada campurtangan Jenice Lee, wakil rakyat DAP dan konco-konconya. Apakah ada kemungkinan Jenice Lee bertindak pantas setelah dihubungi oleh ‘orang dalam’ di sekolah itu bagi menangguk di air keruh? Bukankah Pilihanraya Umum sudah semakin hampir dan ini merupakan peluang buat beliau untuk menyerlah dan kelihatan sebagai jurubicara masyarakat Cina? Tidakkah tindakan dan cara beliau menangani permasalahan itu akan membawa kepada isu perkauman sedangkan ia hanya berpunca dari gara-gara pelajar melanggar disiplin sekolah?
...sambung lagi
BalasPadamPenglibatan Jenice Lee tentunya bermotif ada udang di sebalik batu, ada agenda yang tersembunyi untuk memanipulasi keadaan bagi kepentingan parti DAP. Jika dia serius untuk menangani sebarang salah laku khusus yang melibatkan alam persekolahan, dia sepatutnya membuat pemantauan dan tinjauan serius terhadap gelagat langgar disiplin yang sangat berleluasa sekarang di kalangan para pelajar sekolah. Dia boleh membantu pihak sekolah untuk sekurang-kurangnya menurunkan kadar permasalahan disiplin dan rosot akhlak pelajar dengan menggerakkan jentera partinya secara sukarela bagi tujuan tersebut. Pernah pihak Rukun Tetangga di Pandan Mewah menahan pelajar yang sedang melakukan perbuatan sumbang di kawasan tangga rumah kedai yang berhadapan dengan sekolah. Pelajar-pelajar yang menghisap rokok secara terbuka ketika masih berpakaian seragam sekolah sangat menyesakkan mata yang memandang. Ponteng, pergaduhan geng ala mafia dan berpeleseran adalah imej dan identiti pelajar-pelajar di sekolah itu.
Mungkin Cikgu Ismazi merasa terpanggil untuk dapat membanteras keadaan ini dari terus menggejala. Mungkin pihak PPD atau pentadbir sekolah sendiri boleh memberikan justifikasi jika berlakunya penurunan graf perlakuan langgar disiplin di kalangan pelajar semasa Cikgu Ismazi bertugas sebagai Guru Disiplin. Apakah langkah sembrono dan kemeluluan Jenice Lee dalam menangani kes ini tidak langsung mengambil kira faktor-faktor lain yang berkait? Atau Jenice memang mahu menghukum cikgu kerana beliau adalah seorang berbangsa Melayu sambil mengatur jalan cerita dengan membuat beberapa adjustment dan exaggeration di sana sini tentang insiden itu? Siapa yang mendalangi pelajar-pelajar itu untuk membuat laporan polis sedangkan suasana selepas menerima hukuman tidak langsung memperlihatkan sebarang ketegangan di antara pelajar dan guru berkenaan? Apa yang mendorong mereka tampil sekata untuk tidak bercakap dengan siapa-siapa tentang kes ini walaupun daripada pihak PPD dan Kementerian sendiri? Kenapa selepas peristiwa itu pelajar-pelajar dikhabarkan lebih bersikap ‘kurang ajar’ dengan guru-guru sekolah mereka? Mahukah Jenice dan DAP mengambil peranan untuk menjadi pihak penguasa disiplin sekolah bagi sebarang salah laku pelajar atau guru serta menyelesaikan masalah disiplin pelajar-pelajar?
Di samping itu, saya diberitahu tentang hasrat pelajar-pelajar Tingkatan Enam sekolah tersebut mengadakan tunjuk perasaan bagi menyatakan sokongan mereka kepada Cikgu Ismazi tetapi dihalang oleh pihak pentadbir sekolah. Diberitakan juga terdapat lebih kurang 80 orang pelajar yang terdiri daripada pelbagai kaum berkumpul di luar bilik ketika Cikgu Ismazi sedang disoal-siasat oleh pihak PPD. Ramai di kalangan mereka yang menitiskan air mata simpati terhadap nasib malang yang menimpa guru yang mereka hormati dan sayangi. Tidakkah senario ini dapat menceritakan sesuatu di sebalik dakwaan dan perangkap yang dipasang ke atas Cikgu Ismazi?
Terlalu banyak persoalan yang timbul di benak pemikiran saya tentang kes ‘cabul’ ini atau memang keadaan dan Jenice yang sebenarnya telah mencabul kehidupan seorang guru yang hanya menjalankan tugasnya semata-mata. Kita tunggu dan lihat tingkah pelajar-pelajar tersebut ketika di mahkamah nanti.
Bapa Prihatin
Pandan Mewah, Ampang
14hb Mac, 2011
Assalamualaikum ..
BalasPadamCikgu Ismazi sudah dibebaskan dari tuduhan @ fitnah yang di lemparkan terhadap beliau, Alhamdulillah .