8 Mac 2011

34 KERETA DI JALAN TUN RAZAK DIHEMPAP POKOK
abu nu'man8 Mac 2011 1 Komentar

KUALA LUMPUR, 7 Mac – Sebanyak 34 buah kereta remuk setelah dihempap pokok ekoran hujan lebat dalam dua kejadian berasingan di tempat letak kereta swasta di Jalan Tun Razak di sini, hari ini.


Penolong Pengarah Bahagian Operasi Bomba, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Azizan Ismail berkata kejadian pertama berlaku berhampiran dengan Wisma Time di Jalan Tun Razak di mana 30 kereta remuk apabila lima pokok termasuk empat pokok besar tumbang dan menghempap kereta yang dipakir di situ pada pukul 5.30 petang.

Pada masa yang sama empat kereta remuk apabila sebatang pokok besar di tempat letak kereta swasta berhampiran bangunan Bank RHB, yang terletak seberang jalan Wisma Time, tumbang dan menghempap kereta tersebut, katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata seramai 20 anggota bomba dan Jabatan Pertahanan Awam (JPA3) memotong dan mengalihkan pokok-pokok yang tumbang itu sejak pukul 5.50 petang hingga 9 malam ini. – Bernama

In Category :
DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN WANGSA MAJU Blog Rasmi DPPWM Facebook dan Twitter

1 ulasan:

  1. sampai kn saLam8 Mac 2011 10:15 PTG

    simpati ku pd mereka semua

    BalasPadam

................................................................................................

SEBARANG INFAQ / DERMA BOLEH DISALURKAN KEPADA

AKAUN DEWAN PEMUDA PAS
KAWASAN WANGSA MAJU
No. Account : 564557122098
Bank : Maybank
Branch : Wangsa Maju

................................................................................................

Disclaimer

Disclaimer/ Penafian

The views expressed in the posts and comments of this blog do not necessarily reflect the Dewan Pemuda PAS Kaw. Wangsa Maju (DPPWM). They should be understood as the personal opinions of the author or commenter. Your words are your own, so be nice and helpful if you can.

Tulisan dan komen daripada pembaca terhadap artikel di atas adalah pandangan peribadi dan tidak mewakili pendirian dppwm.blogspot.com. DPPWM tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan dan komen berkenaan.