RAKYAT MARAH BILA KJ OXFORT KELUARKAN FATWA
Marilah kita baca apa yang ditulis oleh seorang rakyat Malaysia yang sangat marah dengan perilaku atau fatwa keluaran Oxfart oleh si ' Kitol Jamban' (gelaran yg diberi oleh blogger pencacai UMNgOk) tentang valentine Day:
SAYA amat terkejut dengan kenyataan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin, dalam sebuah akhbar berbahasa Inggeris pada 12 Februari 2011 mengenai sambutan Hari Kekasih (Hari Valentine).
Menurut beliau, tidak menjadi kesalahan untuk menyambut hari tersebut selagi tidak melakukan dosa. Malah beliau juga menyambutnya dengan memberi isterinya bunga dan membawa isterinya makan malam pada hari tersebut.
Saya pasti beliau sebagai seorang pemimpin parti terkemuka negara sedia maklum bahawa Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Ke-71 yang bersidang pada 24 November 2005 telah memutuskan bahawa sambutan Hari Kekasih adalah haram di sisi Islam dan tidak membenarkan orang Islam meraikannya.
Malangnya beliau dengan sinis pula menyatakan bahawa hari kelepasan am menyambut Tahun Baru pada setiap 1 Januari setiap tahun sepatutnya diharamkan kerana ia menandakan permulaan Kalendar Gregorian yang diperkenalkan oleh Pope Gregory.
Saya sangat tidak bersetuju dengan kenyataan beliau kerana menunjukkan teladan yang tidak baik kepada masyarakat Islam.
MOHD. ZUBIR ZAKARIA
Taman Melawati, Kuala Lumpur
Ulasan
Catat Ulasan