PKR MERLIMAU : PAS MUNGKIN LETAK CALON MUSLIMAT

PAS Melaka mahu menurunkan calon popular untuk merampas kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau daripada penguasaan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil awal bulan depan.


Selain itu, PAS Melaka juga akan mempertimbangkan sama ada akan meletakkan calon wanita dalam pilihan raya kecil kawasan itu

Kelmarin, Pakatan Rakyat memutuskan untuk mengekalkan PAS bertanding di Merlimau — pilihan raya kecil ke-15 sejak Mac 2008..

Menurut Timbalan Pesuruhjaya I PAS Melaka Adly Zahari, kepimpinan parti peringkat negeri Melaka telah menerima senarai pendek nama calon yang bakal menggalas tugas PAS dalam pilihan raya kecil DUN Merlimau 6 Mac.

Beliau berkata senarai nama itu akan dibawa ke peringkat tertinggi PAS pada 13 Februari ini untuk membuat keputusan.

“Setakat ini kita sudah terima beberapa nama yang mana setiap cawangan dalam Parlimen Jasin telah mengemukakan calon-calon yang mereka mahu.

“Kita memang sudah ada nama-nama itu tapi kita masih belum muktamadkan nama itu untuk dibawa ke peringkat pusat, kita masih mengumpul nama dari cawangan.

“Calon yang akan kita letak di Merlimau akan mengikut kriteria yang ditetapkan selain sesuai dengan keperluan masyarakat di Merlimau,” katanya.

“Proses belum muktamad, jadi saya tidak boleh nak kata apa-apa. Saya sendiri juga tidak tahu sama ada nama-nama itu ada dalam senarai tersebut.

“Mungkin ada kalau cawangan mengemukakan nama mereka dan mungkin tiada, kita akan bincang mengenainya dulu. Soal muslimin atau muslimat kita tunggu keputusan pemimpin tertinggi nanti,” katanya.

Ulasan

Catatan Popular