10 Feb 2011

"PAKCIK KAYO", DR HATTA.
abu nu'man10 Feb 2011 0 Komentar

KUALA LUMPUR: Dr Hatta Ramli dan dua yang lain menang kes saman terhadap polis dan kerajaan dalam kes ceramah tanpa permit dan jumlah bayaran mengenainya akan ditentukan minggu ini.


Ketiga-tiga mereka ditangkap dan dilokap pada 10 Jun 2004 kerana dituduh berceramah tanpa permit di daerah Rompin.

Ceramah anjuran PAS Rompin itu bagaimanapun diganggu polis walaupun ia diadakan di dalam kawasan persendirian.

Mereka kemudiannya menyaman Polis dan kerajaan Malaysia seterusnya pada 26 Ogos 2009 Mahkamah Tinggi Kuantan memberi kemenangan pada mereka.

Menurut Dr Hatta, selepas perbincangan dengan peguam kedua-dua pihak hari ini, jumlah tuntutan itu akan ditentukan mahkamah selewat-lewatnya 15 Mac depan.

Mereka diwakili peguam, Hanipa Maidin.

Ketika dihubungi KeadilanDaily.com beliau berkata, kemenangan kes ini menunjukkan ceramah adalah sah dari segi undang-undang walaupun tanpa permit polis.

Sehubungan itu, beliau berharap jentera Pakatan Rakyat tidak gentar dalam mengadakan aktiviti parti bagi memastikan maklumat kepada rakyat dapat disampaikan dengan berkesan.

“Kita juga berharap agar pasukan Polis bersikap profesional dan adil terhadap program Pakatan Rakyat selepas ini,” tegasnya yang juga Ahli Parlimen Kuala Krai.
In Category :
DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN WANGSA MAJU Blog Rasmi DPPWM Facebook dan Twitter

0 Komentar

Catat Ulasan

................................................................................................

SEBARANG INFAQ / DERMA BOLEH DISALURKAN KEPADA

AKAUN DEWAN PEMUDA PAS
KAWASAN WANGSA MAJU
No. Account : 564557122098
Bank : Maybank
Branch : Wangsa Maju

................................................................................................

Disclaimer

Disclaimer/ Penafian

The views expressed in the posts and comments of this blog do not necessarily reflect the Dewan Pemuda PAS Kaw. Wangsa Maju (DPPWM). They should be understood as the personal opinions of the author or commenter. Your words are your own, so be nice and helpful if you can.

Tulisan dan komen daripada pembaca terhadap artikel di atas adalah pandangan peribadi dan tidak mewakili pendirian dppwm.blogspot.com. DPPWM tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan dan komen berkenaan.