MESIR : INDON MULA BAWA BALIK PELAJAR.. 1 MALAYSIA?

.. Indon yang didakwa kurang membangun drp Malaysia telah mengambil langkah awal membawa balik sebahagian pelajar-pelajarnya di Mesir... Malaysia yang kononnya hebat... apa cita? Takkan nak tunggu keadaan makin teruk... beriya sangat kat Tenang... nasib rakyat sendiri di Mesir di abaikan....

Berikutan krisis politik yang kian meruncing di Mesir serta suasana tegang dengan ancaman demonstrasi lebih sejuta orang di Kaherah Selasa, Indonesia menghantar sebuah pesawat sewa khas untuk memindahkan rakyatnya yang berjumlah 6,200 orang dari negara itu.


Pesawat Garuda Boeing 747 itu akan memindahkan kumpulan pertama berjumlah 428 orang sebaik sahaja ia mendapat kebenaran mendarat di lapangan terbang antarabangsa Kaherah.

Operasi pemindahan itu dijalankan atas arahan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono.

“Situasi politik di Mesir semakin buruk dan boleh mengancam keamanan serta keselamatan saudara-saudara kita di Mesir,” kata Susilo di Jakarta.

Sejumlah pesawat dari beberapa negara lain seperti Amerika Syarikat, Jerman, Iraq, Britain, India, Portugal, China, Kanada, Azerbaijan, Denmark dan Turki dilaporkan turut menunggu giliran mendapat kebenaran mendarat di Kaherah untuk memindahkan rakyatnya.

Menteri Luar Dr Marty Natalegawa berkata pesawat sewa khas itu berlepas tengah malam tadi dan mendarat di Jeddah, Arab Saudi, sementara menunggu kebenaran mendarat di Kaherah.

Jurucakap Kementerian Luar Negeri Kusuma Habir pula berkata warga Indonesia di Mesir berjumlah 6,149 orang, dan daripada jumlah itu 4,297 orang adalah pelajar dan selebihnya ialah tenaga kerja Indonesia di Mesir.

Perkembangan lain, beberapa negara lain antaranya Britain, AS dan Pakistan turut menghantar pesawat khas bagi membawa keluar rakyat mereka yang terpererangkap di Mesir.

Untuk makluman & pertanyaan, Wisma Putra juga telah menubuhkan dua bilik operasi iaitu di Kementerian Luar Negeri, Putrajaya dan di Kedutaan Besar Malaysia, Kaherah. Ia boleh dihubungi di talian 03-88892746 / 03-88874570 (Putrajaya), dan 00-202-37610013 sambungan 116, atau 00-202-37610164 (Kaherah)

Ulasan

Catatan Popular