KAPAL TLDM 5 FEB BARU SAMPAI KAHERAH!!!

KUALA LUMPUR, 2 Feb — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak malam tadi berkata kerajaan memutuskan untuk membawa keluar pelajar-pelajar Malaysia yang berjumlah sekitar 11,000 orang dari Mesir menerusi laut dan udara berikutan pergolakan di negara itu yang semakin meruncing.
Beliau berkata keputusan itu dibuat setelah mendapat laporan daripada delegasi Malaysia ke sana yang diketuai Timbalan Menteri Luar A. Kohilan Pillay dan turut disertai Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Sahlan Ismail.

“Beberapa langkah segera akan diambil untuk membawa keluar pelajar-pelajar kita dari Mesir,” katanya kepada Bernama di sini.

Antara langkah berkenaan ialah meminta kapal Bunga Mas 5 iaitu sebuah kapal serba guna yang dikawal oleh Tentera Laut Diraja Malaysia yang sedang bertugas di Teluk Aden, untuk belayar ke Pelabuhan Adabiyah yang terletak kira-kira dua jam setengah perjalanan dari selatan Kaherah, bagi membawa keluar pelajar-pelajar berkenaan.

Kapal itu dijangka tiba di Pelabuhan Adabiah pada 5 Februari. Ia dapat memuatkan kira-kira 500 pelajar kita,” katanya.

Najib juga berkata bahawa beliau sudah berunding dengan Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman untuk meminta syarikat penerbangan Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) dan AirAsia untuk melakukan penerbangan khas ke Kaherah untuk membawa keluar pelajar-pelajar Malaysia.

KAMI MENDOAKAN AGAR PELAJAR & RAKYAT MALAYSIA YANG BERADA DI MESIR AKAN SELAMAT DAN DIPERMUDAHKAN SEGALA URUSAN...AMIN...

Ulasan

Catatan Popular