8 Feb 2011

haramkan kemasukan penyanyi hina nabi
chedet8 Feb 2011 0 Komentar


Penghina Al Quran Gelar Konser di Kuala LumpurPenyanyi ini menghina Al-Quran, mendendangkan lagu-lagu cabul, erotik, dan tidak sopan. Malaysia masih berkerjasama?

KL 7 Feb 11: Kerajaan Malaysia perlu mengharamkan kemasukan penyanyi kontroversi Iran Mohsen Namjoo yang akan tampil di Kuala Lumpur pada 18 Februari 2011 di KLCC Convention Centre, beberapa hari lagi. Demikian pandangan dari editor Weblog Ibnu Hasyim.

Menurut beliau, penyanyi tersebut, adalah penyanyi yang menghina Al-Quran dalam lagu-lagunya. Pemerintah Iran juga telah menjatuhkan hukuman padanya, bahkan penyanyi ini menjadi buruan negara. Mahkamah Iran telah menjatuhkan hukuman penjara lima tahun atas penyanyi itu.

Sebelumnya, Namjoo menyatakan minta maaf atas tindakannya. Tetapi telah mencabut balik dan mengulang kembali kegiatannya ini. Namjo juga mendendangkan lagu-lagu cabul, erotik, dan tidak sopan.

Seorang penulis dan blogger terkenal, Feisal Tehrani memberitahu wartawanIRIB yang dilaporkan oleh sebuah akhbar Indonesia, "Sangat disesalkan, tidak ada media-media lokal yang menentang konser penyanyi Iran yang terang-terangan menghina Al-Quran dan mendendangkan lagu tak sopan. Media-media Malaysia sudah seharusnya sensitif atas kasus ini."

"Ya!" kata editor Ibnu Hasyim. '"Sepatutnya pihak berwajib seperti JPM Bahagian Agama dan sebagainya patut bertanggung jawab, demi sensitifiti umat Islam."

Kepada blogger-blogar, sila panjangkan berita dan tuntutan ini segera! (Weblog Ibnu Hasyim/2MA)

In Category :
DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN WANGSA MAJU Blog Rasmi DPPWM Facebook dan Twitter

0 Komentar

Catat Ulasan

................................................................................................

SEBARANG INFAQ / DERMA BOLEH DISALURKAN KEPADA

AKAUN DEWAN PEMUDA PAS
KAWASAN WANGSA MAJU
No. Account : 564557122098
Bank : Maybank
Branch : Wangsa Maju

................................................................................................

Disclaimer

Disclaimer/ Penafian

The views expressed in the posts and comments of this blog do not necessarily reflect the Dewan Pemuda PAS Kaw. Wangsa Maju (DPPWM). They should be understood as the personal opinions of the author or commenter. Your words are your own, so be nice and helpful if you can.

Tulisan dan komen daripada pembaca terhadap artikel di atas adalah pandangan peribadi dan tidak mewakili pendirian dppwm.blogspot.com. DPPWM tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan dan komen berkenaan.