CHE DET CADANG JADI PM TOKLEH LEBIH 8 TAHUN...HU..HU..HU..

Che Det berkata beliau bersetuju cadangan supaya tempoh perkhidmatan seseorang Perdana Menteri dihadkan kepada lapan tahun.


Beliau berkata cadangan tersebut boleh dipertimbangkan dan sekiranya seseorang itu memberikan perkhidmatan yang terbaik dan tidak melakukan perkara yang memberi kesan buruk kepada negara, maka beliau wajar diberikan peluang untuk dilanjutkan tempoh perkhidmatannya.

“Kalau kita mengehadkan tempoh kuasa contohnya satu penggal, ia tidak akan membolehkan seseorang pemimpin itu melakukan tugas dengan efisyen dan gagal melaksanakan apa yang dirancang,” katanya.

Dr Mahathir berkata tempoh itu relevan kerana pada kebiasaannya selepas mengambil alih tampuk pimpinan negara, seseorang itu perlu mempelajarinya terlebih dahulu.

“Tahun pertama adalah tahun mula mempelajari selok belok pemerintahan, tahun kedua pula tahun merangka dan menyusun pelbagai program, manakala tahun ketiga pula tahun untuk melaksanakan apa yang dirancang.

“Manakala tahun ke empat dah pilihan raya. Jadi mana nak sempat dia nak melakukan apa yang dirancangnya,” katanya.

Ulasan

Catatan Popular