16 Feb 2011

CELAKA!! KOSMO & UTUSAN FITNAH KERAJAAN KELANTAN
abu nu'man16 Feb 2011 0 Komentar

... memang jahat akhbar kosmo apabila memfitnah kerajaan Kelantan dengan memfitnah bahawa kegiatan pelacuran dah berlaku sejak 20 tahun lagi (yg dibulatkan)... padahal berita kosmo sendiri di cedok daripada berita BERNAMA.... yang xde sebut pun pasal berapa tahun dah beroperasi...dan lebih celaka meletakkan tajuk 'gedung'... seolah-oleh ada 600 org pelacur kat situ...apa ignat di gedung beli belah ka??  memang celaka!!!

Berita asal BERNAMA

Pusat pelacuran runtuh dalam serbuan
KOTA BAHARU, 15 Feb - (Bernama) Bahagian atas sebuah rumah papan dua tingkat yang dipercayai menjadi pusat pelacuran di Lorong Limau Manis, dekat sini runtuh ketika serbuan oleh pihak penguatkuasa, semalam.

Runtuhan itu menyebabkan seorang wanita disyaki pelacur dan beberapa penguatkuasa yang menjalankan operasi bersepadu itu cedera ringan.

Wanita itu yang cedera di kaki kiri dihantar untuk rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini manakala beberapa penguatkuasa hanya cedera kecil ekoran ditimpa sepihan kayu yang runtuh.

Setiausaha MPKB-BRI Mohd Anis Hussin berkata serbuan pada pukul 10.30 malam itu dijalankan oleh Majlis Perbandaran Kota Baharu – Bandar Raya Islam (MKPB-BRI), polis, Imigresen dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (Jaheaik).

“Lapan rakyat Malaysia berketurunan Siam ditemui di dalam dan luar rumah itu iaitu dua kanak-kanak, tiga lelaki dan tiga wanita,” katanya kepada pemberita hari ini.– Bernama

KORANG NAK COPY.. COPY LAH TAPI JANGAN LUPA CREDIT KEPADA DPPWM.

In Category :
DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN WANGSA MAJU Blog Rasmi DPPWM Facebook dan Twitter

0 Komentar

Catat Ulasan

................................................................................................

SEBARANG INFAQ / DERMA BOLEH DISALURKAN KEPADA

AKAUN DEWAN PEMUDA PAS
KAWASAN WANGSA MAJU
No. Account : 564557122098
Bank : Maybank
Branch : Wangsa Maju

................................................................................................

Disclaimer

Disclaimer/ Penafian

The views expressed in the posts and comments of this blog do not necessarily reflect the Dewan Pemuda PAS Kaw. Wangsa Maju (DPPWM). They should be understood as the personal opinions of the author or commenter. Your words are your own, so be nice and helpful if you can.

Tulisan dan komen daripada pembaca terhadap artikel di atas adalah pandangan peribadi dan tidak mewakili pendirian dppwm.blogspot.com. DPPWM tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan dan komen berkenaan.