AWAT MALAUN MUHYIDDIN TAKUT SANGAT PADA PAS?

KUALA LUMPUR, 19 Feb — PAS menyifatkan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai buta sejarah apabila mengeluarkan kebimbangan bahawa parti Islam itu akan memecahbelahkan masyarakat Islam jika ia memasuki Sarawak.


Ketua Penerangan PAS pusat, Idris Ahmad berkata, Umno sering menuduh PAS menyebabkan perpecahan Melayu dan Islam sedangkan dari sudut sejarah, Umno sendiri ditubuhkan ketika sudah ada parti Melayu pertama, Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang ditubuhkan pada 1945.

Dalam satu ucapan di Sarawak semalam, Muhyiddin yang juga timbalan presiden Umno berkata, beliau bimbang PAS akan memecahbelahkan masyarakat Islam jika ia memasuki negeri Sarawak.

Muhyiddin berkata rakyat Sarawak khasnya masyarakat Islam agar tidak mudah menerima dasar politik PAS yang berangan-angan untuk meluaskan kuasa.

“Saya takut kalau PAS masuk Sarawak ia akan memecah belah masyarakat Islam di sini. Di Kelantan 20 tahun PAS memerintah, kadar kemiskinan merupakan paling teruk,” katanya.

Ulasan

Catatan Popular