WAR, KANG DEMAN KALU DEBAT NGAN AKU

Najib Razak berkata Datuk Seri Anwar Ibrahim sewajarnya jangan terlalu mendesak untuk berdebat kerana beliau mempunyai pelbagai maklumat yang boleh menyebabkan ketua pembangkang itu “demam” kelak jika dibongkarkan ketika berdebat.


Najib (gambar) menegaskan bahawa beliau sebenarnya tidak gentar untuk berdebat dengan Anwar tetapi menyifatkan tindakan berdebat itu hanya akan membuang masa kerana pembohongan ketua pembangkang itu dan kegagalannya menunaikan janji.

“Dah cukuplah pembohongan, janji banyak tak boleh buat, ini nak debat dengan saya pula, buang masa. Saya boleh debat dengan dia, saya tak takut, saya dengan menteri saya tahu segala maklumat.

“Jangan cuba nak cabar saya, kalau saya dedahkan segala-galanya, ada orang yang demam nanti,” katanya ketika berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Peneroka di Felda Chemplak di sini hari ini.

Najib berkata Anwar seharusnya membereskan janji seperti menubuhkan kerajaan baru 16 September dan masalah “peribadinya” ekoran kes liwat yang dihadapinya daripada asyik mencabar beliau berdebat mengenai “Program 100 Hari” Pakatan Rakyat.

“Nak tubuh kerajaan pada 16 September, tak tubuh lagi. Ini dah tahun 2011. Kita tunggu sehari demi sehari tak jadi, dia kata 30 anggota Parlimen dari BN (Barisan Nasional) nak seberang masuk pembangkang. Kita tengok-tengok, belek-belek mana dia 30, rupanya lima anggota Parlimen dia (pembangkang) (yang keluar) jadi (anggota) Bebas.

“Tak payahlah debat, banyak hal lagi (Anwar) tak selesai. Bukan kerajaan yang bawa dia ke mahkamah, yang buat laporan polis ni Saiful (bekas pembantu peribadi Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan),” katanya.

Najib berkata Anwar tidak perlu bersusah payah memikirkan soal debat kononnya demi kebajikan rakyat kerana Barisan Nasional akan bertanggungjawab dalam memastikan soal kebajikan rakyat dipelihara.

... takut Najib terkencing je nanti....

Ulasan

Catatan Popular