UMNO S'GOR TETAP ISYTIHAR UNTUK DERHAKA

SHAH ALAM, 23 Jan — Ketua Pembangkang Selangor Datuk Mohamad Satim Diman hari ini berkata Barisan Nasional (BN) akan menentang pindaan Perkara 52 Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959 kerana tidak mahu melihat pegawai-pegawai tinggi kerajaan negeri hanya berfungsi sebagai “Pak Turut”.


Dewan Undangan Negeri Selangor akan bersidang apgi ini bagi meminda Perkara 52 dalam undang-undang negeri bagi memulangkan kuasa Sultan dan Menteri Besar dalam pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan dan Penasihat

Undang-undang Negeri yang terletak dibawah bidang kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

“Seolah-olah Menteri Besar nak berkuasa penuh. Adakah kita nak lihat umpamanya dalam satu pentadbiran kerajaan nak juga Setiausaha Kerajaan Negeri.

“Pegawai Kewangan dan Penasihat Undang-undang yang macam dicucuk hidung,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) BN di sini hari ini.

Satim berkata setiap kerajaan yang baik mempunyai polisi yang baik dan polisi itulah yang sepatutnya dilaksanakan oleh pegawai-pegawai kerajaan sambil mempersoal kenapa sekarang Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meragui kuasanya sendiri sehingga perlu meminda undang-undang negeri.

Katanya beliau bimbang jika pindaan itu diluluskan mungkin tidak akan ada kata putus dalam pelantikan tiga jawatan tertinggi kerajaan negeri sekiranya calon yang dikemukakan SPA kepada Sultan tidak dipersetujui oleh Menteri Besar kerana beliau mempunyai calon lain.

“Kita akan hadir dan mempertikaikan kenapa ia dijadikan isu yang besar, seolah-olah dia nak mengembalikan kuasa kepada Sultan, bukan nak kembalikan kuasa kepada Sultan tapi nak beri kata nasihat kepada Sultan bermakna dia lebih berkuasa dari Sultan,” katanya.

Satim berkata mesyuarat pada petang ini bersama-sama Adun BN adalah bagi membincangkan mengenai cadangan pindaan undang-undang yang akan dibentangkan dan dibahaskan esok.

Beliau berkata perbincangan dibuat pada hari ini memandangkan ramai Adun BN baru mendapat Rang Undang-undang pindaan itu Jumaat lepas.

Satim berkata BN akan mengenengahkan lima pembahas dengan beliau sebagai pembahas utama dengan dibantu Timbalan Ketua Pembangkang yang juga Adun Kuala Kubu Baru Wong Koon Mun, Adun Sungai Burong Datuk Mohd Shamsudin Lias, Adun Permatang Sulaiman Razak dan Ketua Penerangan Umno Negeri yang juga Adun Kuang Abdul Shukur Idros.

Ulasan

Catatan Popular