Tahniah BN : walau tak mampu catat 5000 majoriti, Moga segera tunaikan janji

PEMUDA PAS MALAYSIA (dipetik dari FB)

Terima kekalahan dalam pilihanraya kecil di N 05 Tenang dengan tenang dan hati terbuka.

Perbaiki kelemahan, pertingkat gerakkerja dan perbetul kesilapan untuk depani pilihanraya umum akan datang. Pemuda teruskan gerakkerja anda untuk memburu kemenangan buat perjuangan ini tanpa jemu. Tahniah atas kesungguhan petugas PR...... dan syabas atas kemenangan BN dgn harapan tanggungjawab ditunai dgn penuh amanah.


BN menang, tambah majoriti di Tenang

azlanNaib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar dalam laman Twitter mengucap tahniah kepada BN kerana berjaya mempertahankan kerusi tersebut.

Keputusan rasmi menunjukkan BN mendapat 6,699 undi manakala PAS mendapat 2,992 undi.

calon BN, Mohd Azahar Ibrahim menang dengan majoriti 3,707 undi - meningkat 1berbanding majoriti 2,492 undi pada 2008.

Calon BN juga menang undi Pos. Daripada 119 kertas undi pos yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Mohd Azahar memperoleh 115 manakala Normala memperoleh tiga undi. Satu undi pos ditolak.

Keputusan undi pos itu diumumkan oleh pegawai pengurus pilihan raya kecil, Md Asri Amir. di di Pusat Penjumlahan Undi di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Labis petang ini.

Ulasan

Catatan Popular