SAH PARTI 'KITA' CENDERONG KEPADA BN

KUALA LUMPUR, 19 Jan — Perlancaran penubuhan Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) oleh pemimpin tertingginya Datuk Zaid Ibrahim, yang dijenamakan semula daripada Akim menunjukkan yang parti ini suatu hari akan cendorong kepada BN apabila kelihatan beberapa wakil dari parti tersebut serta parti kompenannya.

Antara wajah-wajah lain signifikan kelihatan pada majlis pelancaran yang dihadiri sekitar 500 orang ialah Presiden Parti Progresif Rakyat (PPP) Datuk M. Kayveas, Ahli Parlimen PKR N. Gobalakrishnan yang baru-baru ini menerima surat tunjuk sebab, bekas setiausaha agung PKR Datuk Salehuddin Hashim dan beberapa pemimpin dari Parti Kebangsaan Sarawak (Snap) dan Parti Maju Sabah (Sapp) serta jemputan negara asing. Namun tiada wajah-wajah daripada pemimpin Pakatan Rakyat (PR) yang turut hadir pada majlis pelancaran tersebut.

Dalam ucapan dasarnya yang disampaikan dalam kedua-dua bahasa Malaysia dan Inggeris, Zaid (gambar) menggariskan janji-janji yang kelihatan ideal dan romantik bahawa Kita akan menggerakkan pembaharuan politik di Malaysia sambil mewujudkan kembali semangat merdeka yang dimimpikan Bapa Kemerdekaan Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

Zaid yang sebelum ini menganggotai Umno dan PKR, kini mengetuai Kita atau nama penuhnya Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air, yang dijenamakan semula daripada Akim.

Beliau juga berjanji untuk menggunakan platform baru itu untuk memulihkan perpaduan nasional sedangkan Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat hanya membawa perjuangan untuk menjatuhkan satu sama lain.

Zaid menjadi ketua Kita pertengahan bulan lalu selepas menghantar surat keluar PKR November lalu.

Akim mengadakan mesyuarat agung luar biasa pertengahan Disember, sekali gus membolehkan Zaid dilantik sebagai ketua mereka.

Ketika itu Zaid berkata, jawatan lain dan perlembagaan baru parti akan diumumkan dalam satu mesyuarat parti akan diadakan pada hari ini.

Kita mahu berperanan sebagai parti nasional dan mempunyai ahli berbilang kaum, kata Zaid.

Ulasan

  1. Satu lagi produk jenama UMNO yang dikilangkan di tempat lain.

    BalasPadam
  2. Hi,

    Thanks for sharing this link - but unfortunately it seems to be down? Does anybody here at dppwm.blogspot.com have a mirror or another source?


    Cheers,
    Peter

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular