MB NAK JUMPA KHUSRIN 7 FEB... JANGAN MC LAK!!!

SHAH ALAM, 27 Jan — Tan Sri Khalid Ibrahim akan mengadakan pertemuan dengan Datuk Mohd Khusrin Munawi pada 7 Februari dan kemudian akan mengadakan sidang media bersama berhubung kedudukannya selaku Setiausaha Kerajaan Negeri.


Menteri Besar Selangor menzahirkan pendirian ini lima hari selepas usaha meminda perlembagaan negeri berhubung urusan pelantikan tiga pegawai kanan perkhidmatan awam negeri gagal.

Khalid sebelum ini pernah berkata kerajaan mempertimbangkan untuk membenarkan Khusrin menjalankan tugas-tugas rasmi.

Selepas sidang khas Isnin lalu, Khalid berkata kerajaan negeri akan membuat permohonan semakan.

Pindaan tempoh hari dibawa ekoran kemelut pelantikan Khusrin sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri oleh persekutuan tetapi kerajaan negeri mendakwa peranan menteri besar telah diketepikan.
Khusrin, bekas pengarah Jabatan Agama Islam Selangor, dilantik ke jawatan itu berkuat kuasa 1 Januari lalu.

Pada sidang media hari ini Khalid enggan berkongsi butiran isu yang bakal disentuh pada pertemuan yang dirancang untuk diadakan dengan Khusrin.

“Tidak adil bagi Khusrin,” kata menteri besar.

“Kami akan adakan sidang media bersama pada hari berkenaan,” katanya.

Ulasan

Catatan Popular