MARKOM BANGSAT UMNO KEMPEN BOLEH... ORG LAIN X LEH...

Pengarahnya Markom Giran bagaimanapun memberi amaran kepada supaya tidak terlibat dalam sebarang kempen membantu Normala yang mesra dikenali sebagai “Cikgu Mala”.


“Beliau (Makrof) masih mengajar di sekolah sama, tapi jika beliau didapati berkempen kita akan mengambil tindakan disiplin. Kakitangan awam tidak dibenarkan berkempen.

Dalam pada lain, Jabatan Pelajaran Johor hari ini menafikan dakwaan bahawa pihaknya telah memberi arahan pertukaran sekolah 24 jam kepada Makrof yang akan turun sebagai calon Pakatan Rakyat pada pilihan raya kecil Tenang.


Ketika ditemui dalam majlis pengumuman calon malam tadi, Makrof Abdul Mutalib memberitahu beliau menerima notis pertukaran beberapa hari lalu apabila spekulasi isterinya akan bertanding pada 30 Januari ini bertiup kencang.


Menurut Makrof, notis pertukaran itu tidak menyatakan sebarang sebab.

"Kami bantah keputusan itu. Normala sudah letak jawatan (sebagai guru).

"(Kami beritahunya) mereka tidak patut buat macam ini, jika mereka tidak menarik balik, kami akan panjangkan perkara ini kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia atau adakan sidang media.

"Mereka kemudian tarik balik," jelas Makrof.

Normala, bekas guru di Tenang, meletakkan jawatan baru-baru ini untuk berkhidmat sepenuh masa dengan PAS iaitu sebagai Penyelia Pusat Khidmat Dun Tenang.

Menurut Makrof, notis pertukaran itu merupakan satu bentuk diskriminasi terhadap guru yang anggota keluarganya menyokong pembangkang.

Ulasan

Catatan Popular