Kenapa PTPTN tidak menggunakan konsep Bait Al Innah berbanding Ujrah?
KONSEP UJRAH ATAU BAIT AL-INNAH?
PTPTN telah memperkenalkan suatu kaedah baru yang dikenali sebagai Ujrah sebanyak 1% setahun bagi menggantikan kos pentadbiran 3% yang dikenakan sebelum ini.
Apa itu Ujrah? Ujrah juga disebut sebagai upah dan juga membawa maksud kos pentadbiran. Kaedah ini telah diluluskan oleh Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan pada 28 Julai 2008 dan Jemaah Menteri pada 6 Ogos 2008.
Kenapa PTPTN tidak menggunakan konsep Bait Al-Inah untuk pinjaman peribadi yang diamalkan oleh kebanyakan institusi pembiyaan di Malaysia termasuk pinjaman peribadi pendidikan?
Ujrah merupakan konsep upah yang akan dikenakan kepada peminjam selagi mana pinjaman itu belum dilangsaikan. Dalam erti kata lain, selagi mana pinjaman tersebut tidak dilangsaikan maka selagi itu kadar ujrah akan dikenakan kepada peminjam. Contoh pengiraan bayaran balik bulanan peminjam PTPTN RM20,000 untuk tempoh 10 tahun.
RM2,000 (kadar upah) / 120 bulan = RM16.60 sebulan.
Tambahan kadar upah RM16.60 sebulan akan dikenakan setiap bulan sehingga segala jumlah pinjaman PTPTN dilangsaikan dalam tempoh 10 tahun. Sekiranya peminjam tersebut gagal melangsaikannya maka kadar ujrah akan terus dikenakan walaupun usia peminjam tersebut mencecah usia emas.
Berbanding dengan Bait Al-Inah yang mana keuntungan yang dikenakan telah ditentukan pada masa akad pinjaman tersebut dengan menyebut secara jelas akan kadar keuntungan yang dikenakan pihak institusi terbabit terhadap peminjam tersebut. Melalui kaedah ini peminjam tersebut sudah mengetahui jumlah bayaran balik pembiayaan tersebut. Contoh pengiraan bayaran balik bulanan peminjam Bait Al-Inah RM20,000 bagi tempoh 10 tahun.
RM20,000 x 2% (kadar keuntungan pasaran semasa) x 10 tahun = RM4,000
RM4,000 (kadar keuntungan) / 120 bulan = RM33.30 sebulan untuk 10 tahun.
Mengikut kaedah ini sekiranya pihak peminjam gagal menyelesaikan bayaran dalam tempoh 10 tahun maka pihak insitusi tersebut ‘TIDAK BOLEH’ mengenakan kadar keuntungan tambahan selepas dari tempoh tersebut kerana akad kadar keuntungan telah ditentukan.
Jika dilihat seolah-olah konsep Ujrah lebih mesra kepada para peminjam berbanding Bait Al Inah kerana dilihat lebih murah. Namun jika diamati, sebenarkan konsep tersebut lebih membebankan kepada para peminjam.
Mengapakah pihak PTPTN tidak menggunakan kaedah Bait Al-Inah yang lebih jelas dan tidak membebankan atau diletakkan jumlah maksimum atau ‘ceiling total cost’ terhadap kadar ujrah sekiranya ingin menggunakan kaedah tersebut?
ABU NU’MAN

Mmg lah Soeharto,Marcos & Husni Mubarak telah tiada tapi parti mereka masih ada. Macam x berapa cerdiklah nan banding individu dgn parti politik.
BalasPadamSeandainya TGNA telah tiada tapi PAS tetap ada kan?