'JANGAN NILAI PADA PAKAIAN'... AJARAN SESAT UMNO...
[HM] KUALA LUMPUR: Walaupun hampir lapan tahun menyepi daripada dunia hiburan, penyanyi Nursyella tetap terpalit dengan kontroversi apabila foto seksi yang ‘menyerlahkan’ sebahagian payudaranya, tersebar di laman gosip dan forum.
Namun, anak keempat daripada 15 beradik itu meminta masyarakat jangan sesuka hati menilai peribadinya menerusi pakaian.
Nursyella atau nama sebenarnya Nurshid’la Ahmad Kamaruddin, 25, berkata dia mengakui foto yang tersebar itu adalah dirinya, namun itu bukan bermakna dia perempuan murahan yang boleh dikaitkan dengan kehidupan songsang seperti gemar berhibur di kelab malam dan rela menggadai maruah ditaja lelaki hidung belang mahupun orang kenamaan.
“Orang tak tahu susah payah saya selama lapan tahun menyepi. Orang hanya tahu mencaci dan menghina saya dan terbaru, menyebarkan foto peribadi saya.
“Memang itu foto saya. Saya bukan hipokrit dan begitulah gaya saya berfesyen, tapi tak sangka boleh mengundang kontroversi hingga saya dituduh sengaja nak tayang payudara....
“Alhamdulillah, rezeki saya murah. Apa yang saya usahakan memberi pulangan berbaloi, bermula dengan membuka restoran, salun, spa dan kemudian butik pengantin.
“Allah limpahkan rezeki kepada saya dan ketika ini saya dalam proses membuka cawangan butik ketiga tidak lama lagi, semua itu saya usahakan sendiri dan dengan bantuan keluarga. Saya ada 15 adik-beradik dan mereka banyak membantu dan mengusahakan perniagaan bersama saya.
“Saya juga diberi peluang menceburi pelbagai lagi projek yang memberi pulangan lumayan, jadi tidak mustahil orang lihat saya mewah kerana memang saya berkemampuan.
“Bukan mahu berlagak tetapi semua yang saya kecapi turut dikongsi bersama keluarga, terutama ibu bapa,”...Isma & Asmizan

Ulasan
Catat Ulasan