DSAI JANGAN JADI PENGECUT... DEBAT DENGAN SAYA

KUALA LUMPUR, 11 Jan – Datuk Seri Nazri Aziz mencabar ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berdebat dengannya mengenai Apco Worldwide sebelum membuat cabaran berdebat dengan Perdana Menteri.
Nazri berkata demikian bagi mengulas kenyataan Anwar, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), yang mencabar Datuk Seri Najib Razak berdebat mengenai “Pelan 100 Hari” pakatan pembangkang berikutan kenyataan Najib yang membidas pelan itu sebagai bersifat populis dan tidak bertanggungjawab kerana tidak disertakan dengan punca kewangan bagi melaksanakannya.
“Jangan jadi pengecut. Suruh dia jawab isu Apco dulu dan debat dengan saya dulu,” kata Nazri dalam khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Bernama.
Anwar sebelum ini mendakwa mempunyai dokumen bahawa Apco Worldwide, sebuah syarikat perhubungan awam antarabangsa mempunyai kaitan dengan penubuhan gagasan 1 Malaysia dan kempen ‘One Israel’, walaupun kerajaan mendedahkan dokumen yang menafikan dakwaannya tersebut.
Berikutan kegagalan Anwar untuk mengemukakan bukti mengenai dakwaannya di persidangan Dewan Rakyat pada penggal yang lepas, beliau telah digantung daripada menghadiri persidangan itu untuk enam bulan selepas Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen mendapati beliau berbohong.

Ulasan

Catatan Popular