DEBAT DENGAN DSAI DI TENANG... NAJIB ADA BERAN?

Pakatan Rakyat mempelawa Datuk Seri Najib Razak untuk berdebat soal ekonomi mengenai Program 100 Hari Pakatan Rakyat di sini sempena kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang.


Pengarah Pilihan Raya PAS kerusi Tenang Salahuddin Ayub berkata, pilihan raya kecil yang berlangsung sekarang adalah medan terbaik untuk “debat agung” antara dua tokoh utama negara iaitu Najib dan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Datuk Seri Anwar telah mengumumkan program 100 hari Pakatan Rakyat namun dikecam hebat oleh pihak kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) yang didahului Perdana Menteri (Najib) dan Timbalan Perdana Menteri (Tan Sri Muhyiddin Yassin).

“Pelbagai kecaman dan tuduhan jahat termasuk negara akan bankrap seandainya Pakatan Rakyat mengambil alih Putrajaya, ternyata Perdana Menteri dan timbalannya sekadar mampu buat tuduhan dan menakutkan-nakutkan rakyat.

“Maka kami jentera pilihan raya PAS-Pakatan Rakyat bersedia memberikan pentas bebas dan wibawa serta ruang seluasnya bagi kedua-dua pemimpin ini meyakinkan rakyat dengan penghujahan ‘Mengapa Pakatan Rakyat atau BN Yang Wajar di sokong rakyat,” katanya di sini.

Naib Presiden PAS itu berkata, Najib tidak wajar menolak pelawaan itu kerana rakyat khususnya pengundi di Tenang perlu mendapatkan maklumat dan informasi terhadap urus tadbir negara.

“Datuk (Seri) Najib tidak wajar menolak undangan kami ini, beliau tidak mempunyai pilihan andainya beliau konsisten, berani dan tidak berdolak-dalik dalam komitmen.

“Beliau (Najib) jangan lari, saya rasa beliau tiada lagi hujah untuk tolak tawaran ini. Kalau takut nak guna perkataan debat kita tukar kepada sesi diskusi,” katanya.

Ulasan

Catatan Popular