BN PATUT LARANG KERJA DI PREMIS ARAK 1 MALAYSIA
Nampaknya puak-puak UMNO begitu terkinja-kinja apabila YB Ronnie cube membantah keputusan MPAJ bagi melarang umat Islam bekerja di premis yang terlibat dengan arak. Padahal dia lupa yang selama ini merekalah yang menggalakkan anak-anak muda melayu Islam untuk bekerja di tempat-tempat syaitan itu. buktinya sehingga kini tidak ada pengawalan yang dilakukan oleh BN bagi menghalang mereka bekerja di premis seperti ini dan contoh yang paling mudah adalah 7 Eleven...
... bantahan terhadap penjualan arak di premis 7 Eleven taman Melati suatu ketika dulu... anjuran PAS bukan UMNO
Baru-baru ini Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kerajaan Selangor bercadang menubuhkan sebuah tabung khas untuk membantu pekerja beragama Islam yang meninggalkan pekerjaan di premis dan pusat hiburan menjual minuman keras.
Jelas Khalid, empat ahli exco negeri iaitu Hasan, Yaakob Sapari, Dr Halimah Ali dan Rodziah Ismail — diminta menubuhkan sebuah sekretariat yang akan mengadakan perjumpaan dengan Lembaga Zakat Selangor (LZS) bagi membincangkan penubuhan tabung berkenaan.
Beliau berkata kerajaan negeri sedar kebanyakan orang Islam yang bekerja di tempat sedemikian membuat keputusan atas sebab ekonomi.
Katanya, kerajaan negeri menghormati pelaksanaan Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 yang melarang umat Islam bekerja di premis berkenaan.
“Pada masa sama, sebagai kerajaan prihatin dan adil, kita perlu memberi tempoh yang cukup kepada semua pihak termasuk pemilik premis dan pekerja yang terlibat,” katanya.
Khalid dijangka akan mengadakan pertemuan dengan semua Datuk Bandar dan Yang Dipertua pihak berkuasa tempatan hari ini bagi mendapat pandangan mereka bagi memastikan penguatkuasaan enakmen itu dilaksanakan dengan baik dan berkesan.
Walaupun ada cakap mengatakan yang Ronnie Liu membantah keputusan melarang umat Islam bekerja di premis-premis menjual alkohol bukan bermakna beliau seorang yang “anti-Islam”.
Ulasan
Catat Ulasan