21 Jan 2011

AZIZ BARI : ADUN PEL. KLANG BERHAK CABAR
abu nu'man21 Jan 2011 0 Komentar

Prof A. Aziz Bari berkata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang Badrul Hisham Abdullah, yang diisytiharkan hilang kerusi berhak untuk membawa pertikaian tersebut ke mahkamah jika merasakan keputusan Speaker Datuk Teng Chang Khim semalam sebagai tidak sah.

Justeru kata beliau, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tiadak wajar mentafsir status kerusi tersebut memandangkan secara tradisi menjadi hak dan tanggungjawab seorang speaker untuk menentukan kekosongan sementara sesebuah kerusi pilihan raya.

“Dari segi prinsip undang-undang memang speaker mempunyai kuasa untuk mentafsir undang-undang berhubung dengan dewan yang beliau adalah ketuanya”

Bagaimanapun dengan mengambil kira perkembangan di Perak dan Kedah, kata beliau, di mana keputusan speaker dibawa ke mahkamah dan diputuskan oleh SPR, “kita perlu menunggu apa yang akan berlaku seterusnya di Selangor.”

“Di Perak keputusan (Speaker) V. Sivakumar mengosongkan kerusi (tiga) Adun yang melompat, tetapi dipertikai oleh SPR dan kemudian disahkan oleh mahkamah.”

“Di Kedah pun begitu, keputusan speaker - yang hanya melaksanakan peruntukan perlembagaan sebagaimana di Selangor hari ini - masih tergantung,” kata beliau lagi.

Kata Aziz, buat masa sekarang pertikaian adalah antara speaker dan wakil rakyat berkenaan di mana jika Badrul Hisham tidak berpuas hati dia boleh membawanya ke mahkamah.

“Badrul boleh membawa perkara itu ke mahkamah sebab dia merupakan pihak yang terlibat dalam kes ini.. speaker sebagai ketua dewan dan pengerusi dewan bertanggungjawab untuk menentukan status seseorang wakil rakyat dan kerusi dewan," kata beliau.
In Category :
DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN WANGSA MAJU Blog Rasmi DPPWM Facebook dan Twitter

0 Komentar

Catat Ulasan

................................................................................................

SEBARANG INFAQ / DERMA BOLEH DISALURKAN KEPADA

AKAUN DEWAN PEMUDA PAS
KAWASAN WANGSA MAJU
No. Account : 564557122098
Bank : Maybank
Branch : Wangsa Maju

................................................................................................

Disclaimer

Disclaimer/ Penafian

The views expressed in the posts and comments of this blog do not necessarily reflect the Dewan Pemuda PAS Kaw. Wangsa Maju (DPPWM). They should be understood as the personal opinions of the author or commenter. Your words are your own, so be nice and helpful if you can.

Tulisan dan komen daripada pembaca terhadap artikel di atas adalah pandangan peribadi dan tidak mewakili pendirian dppwm.blogspot.com. DPPWM tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan dan komen berkenaan.