30 Apr 2010

Sape tipu Sape: Polis @ Saksi???
Abu Nu'man30 Apr 2010 0 Komentar

Pelik jugak bile difikirkan macam mana laporan yang dikeluarkan polis media bercanggah sama sekali dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh saksi kejadian. Menurut saksi kedua, Zafrullah Ahmad Zainal Abidin yang membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor malam tadi, jiran mangsa itu mengatakan ketika hari kejadian dia terdengar bunyi tembakan kira-kira pukul 1.30 pagi.
Dia membuat laporan polis kira-kira 10.30 malam tadi.
“Pada mulanya saya menyangka bunyi mercun tetapi bunyi tersebut semakin kuat dengan rumah saya dan ia diselangi dengan bunyi siren polis.
“Kemudian saya terdengar bunyi dentuman yang kuat seperti ada objek yang melanggar dinding dan saya terus keluar dari rumah dan melihat dua buah kereta peronda mengepung sebuah kereta yang terbabas.
“Saya terus meluru keluar ke tempat kejadian dan ternampak seseorang (saksi utama) berlari ke arah saya serta terdengar polis menjerit kepada individu tersebut supaya jangan lari,” kata Zafrullah dalam laporannya, yang salinan turut diedarkan kepada media.
Dalam laporannya dia mendakwa “saya mendapati kereta tersebut sudah terbabas dan melihat seorang lelaki berpakaian kemeja-T dan seluar pendek dalam keadaan muka tersembam di tempat duduk pemandu.”
Selain itu menurut Zafrullah Ahmad, dia melihat polis menggeledah kenderaan itu dengan menyuluh bahagian dalam kereta dengan menggunakan lampu suluh tetapi tidak melihat sebarang objek dalam kereta itu dialihkan atau dibawa masuk.
“Semasa polis menggeledah saya tidak nampak sebarang objek dalam kereta itu dialihkan ataupun dibawa masuk.

Selamat Hari Pekerja 2010
Abu Nu'man 0 Komentar


"Pekerja Berinovasi Pemacu Transformasi"

***Kepada semua pekerja yang dihormati, selamat meraikan cuti sempena hari pekerja dan kepada mereka yang tidak atau masih belum bekerja pula, selamat bercuti sempena meraikan orang yang bekerja bercuti***

29 Apr 2010

Memang sah Mesir Barua Israel!!
Abu Nu'man29 Apr 2010 1 Komentar

Memang sah UMNO Mesir merupakan barua Israel apabila pasukan keamanan  kejahatan Mesir menyembur gas ke dalam terowong yang digunakan untuk menyeludupbarang-barang makanan ke Gaza. Akibatnya, empat warga Palestina mati dalam peristiwa Rabu, 28 April lalu.

Kementerian Dalam Negeri Hamas menyatakan, gas yang disemburkan ke terowong tersebut merupakan gas beracun menyebabkan 4 orang terbunuh manakala 6 orang lagi turut tercedera.

"Kementerian Dalam Negeri mengesahkan kematian warga negara tersebut adalah disebabkan oleh gas beracun yang disembur oleh pasukan keamanan Mesir ke dalam salah satu terowong," demikian kenyataan Kementerian Dalam Negeri Hamas seperti dilaporkan AFP, Khamis (29/4/2010).

Menurut pejabat-pejabat Hamas, pasukan keamanan Mesir sebelumnya juga pernah menyemburan gas ke dalam terowong namun ini pertama kalinya terjadi korban jiwa.

Seorang pejabat Hamas, Fawzi Barhoum menuntut penjelasan dari pemerintah Mesir atas kejadian itu. "Ini satu kejahatan yang dilakukan pasukan Mesir terhadap pekerja-pekerja  Palestin," ujarnya.

"Ini pembunuhan secara halus. Hamas dan seluruh rakyat Palestina mengutuk keras itu," tegasnya.

Pemerintah AS dan Israel telah mendesak Mesir untuk berusaha lebih keras dengan menutup terowong-terowong di Gaza yang kerap digunakan untuk menyelundupkan senjata-senjata bagi Hamas.

Sengap rupenye KPN 1 Malaysia
Abu Nu'man 1 Komentar

Apa punye sengap la KPN apabila mengeluarkan kenyataan yang tidak menggambarkan dia seorang KPN… ingatkan nak bertindak professional… tapi rupenye x berapa bijak dlm menangani isu sebegini… tau la sengap... tapi cover-cover la...

patut la polis bawahan x berape cerdik… sebab KPN sendiri jenis sepsis sengap… kalau macam nie le gayanye seorang KPN… baik lantik ketuapolis.blogspot.com jadi KPN… confirm negara aman damai..


..................................................................................................................................
KPN sedia arah anggota polis undur

Apr 29, 10 6:02pm
Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan membidas kritikan pelbagai pihak berhubung kematian remaja berusia 14 tahun - Aminulrasyid Amzah dan berkata beliau sedia mengarahkan anggotanya supaya tidak lagi mengawal jika itu kehendak rakyat.

"Jika anda tidak mahu polis menguatkuasakan undang-undang, beritahu sahaja.

“Saya boleh arahkan anggota saya supaya tidak bertindak, - termasuk tidak memeriksa kenderaan atau menangkap Mat Rempit yang menunggang tanpa lesen,” katanya yang dipetik The Star Online ketika kempen menderma darah sempena sambutan Hari Polis 203 di Kuala Lumpur hari ini.

Kenyataan Media DPPP : Kes Tembak Remaja
Abu Nu'man 0 Komentar

KENYATAAN MEDIA
DEWAN PEMUDA PAS PUSAT
KES TEMBAK MATI REMAJA: PDRM DIMINTA BERI PENJELASAN
(27 April 2010)
Dewan PEMUDA PAS Pusat (DPPP) berasa kesal dengan tindakan seorang pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) menembak mati seorang remaja yang berusia 15 tahun, Aminulrasyid Amzah dalam satu kejadian yang berlaku di Seksyen 11, Shah Alam Selangor awal pagi kelmarin yang mana kejadian ini dapat dielakkan sekiranya pihak polis lebih berhati-hati dan profesional dalam menjalankan tugas
Remaja malang tersebut yang juga merupakan pelajar Sek.Men Seksyen 9, Shah Alam dikatakan cuba melarikan diri daripada sekatan polis menyebabkan polis melepaskan tembakan dari belakang dikepala yang mengakibatkan suspek mati serta merta ditempat kejadian.
Persoalannya, relevenkah tindakan pihak polis terhadap mangsa yang hanya berusia 15 tahun dan tidak bersenjata itu? Mengapakah pihak polis tidak memastikan dengan lebih teliti terlebih dahulu sebelum mengambil sesuatu tindakan yang drastik seperti ini? Bukankah pihak polis telah dilatih untuk menghadapi situasi seperti ini? Adakah ini sebagai jalan mudah pihak berkuasa dalam menjalankan tanggungjawab? Mengapa pihak polis didakwa cuba mengelak untuk memberitahu keadaan sebenar apabila ditanya oleh abang mangsa? Bagaimana dengan dakwaan bahawa rakan suspek yang menyerah diri telah dipijak dan dibelasah beramai-ramai oleh pihak polis?
Semua persoalan ini harus dijawab oleh PDRM secepat mungkin. DPPP mengesa agar siasatan secara terperinci dan telus dijalankan. Jangan hanya cepat bertindak sekiranya melibatkan pemimpin UMNO dan Barisan Nasional (BN) sedangkan jika melibatkan orang awam, banyak birokrasi yang berlaku. DPPP dengan ini mendesak agar pihak PDRM memberikan penjelasan berhubung insiden ini dan meminta maaf secara terbuka kepada rakyat Malaysia umumnya dan keluarga mangsa khasnya jika didapati pihak polis cuai dalam menjalankan tugas dan tindakan tegas harus diambil. Dan semasa siasatan berlangsung, pegawai tersebut hendaklah digantung dari tugas tanpa gaji dan bukannya sekadar memindahkan pegawai tersebut ke lokasi lain
Disediakan oleh
HJ NASRUDIN HASSAN AT TANTAWI
KETUA DEWAN PEMUDA PAS PUSAT

TURUN JIKA CINTAKAN KEADILAN
Abu Nu'man 0 Komentar

ESOK SESUDAH SEMBAHYANG JUMAAT – JAM 2.30 PETANG


SEMUA WARGA MALAYSIA YANG PRIHATIN TERHADAP KEGANASAN
DI JEMPUT MENGARAH UNTUK BERKUMPUL KE BANGUNAN SUHAKAM DIANTARA JALAN TUNKU ABDUL RAHMAN/ JALAN RAJA LAUT.
SILA TUNJUKKAN SIMPATI TERHADAP AMINULRASHID YANG TEWAS DI SHAH ALAM DUA HARI DAHULU.

Contoh bahana lantik senator x cerdik
Abu Nu'man 0 Komentar

Inilah akibat kalau melantik senator yang jahil apabila meletakkan agama dibelakang. Janganlah kerana terlalu marah dan kesal dengan begitu banyak kes buang bayi di negara ini bercakap seperti orang yang tiada agama. Tapi itulah yang disebut oleh seorang senator yang jahil hari ini bila mana menyarankan agar bapa kepada bayi yang berkenaan dikenakan hukuman “kasi”. Nampak sangat bercakap tak pakai otak... Sia-sia sahaja dibayar gaji senator sekiranya bercakap seperti orang tiada agama.


Senator Ahmad Hussin berkata hukuman itu adalah wajar untuk “mengajar” golongan lelaki yang terbabit agar lebih bertanggungjawab.

“Sekarang kita lihat dalam kes ini (buang bayi) bapa dah ghaib. Saya cadang kita “kasi” bapa-bapa ini,” katanya ketika mengemukakan soalan tambahan kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil di Dewan Negara di sini hari ini.

Apa ke jadah ambil 4 senator!!!
Abu Nu'man 0 Komentar

Sekali lagi BN-APCO membazirkan wang rakyat apabila menggaji 4 senator yang haprak akan mengangkat sumpah Isnin ini.
Mereka adalah Timbalan Presiden MIC Datuk G.Palanivel dan bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat Mohamad Ezam Mohd Noor (gambar kotak) adalah antara empat senator baru. Dua yang lain ialah Pengerusi Eksekutif Rahim and Co, Datuk Abdul Rahim Abdul Rahman dan Ketua Wanita Umno Pagoh Noriah Mahat.

Perkara itu disahkan Setiausaha Dewan Negara Datuk Zamani Sulaiman yang dihubungi Bernama, di sini hari ini.

Mereka dijadual mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang.

28 Apr 2010

Silap Besar Jika Ambil Peguam UMNO!
Abu Nu'man28 Apr 2010 1 Komentar

Semalam Timbalan Pengerusi Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar UMNO Selangor sedia menawarkan bantuan termasuk dalam memberikan khidmat guaman terbaik kepada keluarga itu jika diperlukan.


Tawaran itu dibuat ketika lawatan ke keluarga kepada mangsa yang mati ditembak oleh anggota polis, Aminulrashid, 15 tahun.
 
Sekiranya keluarga bersetuju mengambil peguam daripada UMNO maka kes ini kemungkinan akan mendapat nasib yang sama seperti kes seorang wanita yang bernama Norizan bt Salleh yang ditembak polis ketika berada dalam kereta,.Sejumlah lima tembakan ditujukan kepadanya, dengan dua tembakan terkena pada lengan dan pergelangan tangan, satu pada dada, di samping dua lagi terlepas tetapi meninggalkan luka. Kes ini berlaku pada 30 Oktober tahun lalu dan sehingga ini kes ini masih belum selesai.
 

Apa la korg.. Najib bukan kaki klentong
Abu Nu'man 2 Komentar


“Saya sudah buat satu pengakuan bahawa semua janji yang dibuat semasa pilihan raya kecil Hulu Selangor, kita akan tunaikan,” kata Perdana Menteri pada majlis penyerahan cek itu kepada sekolah berkenaan di sini.

TAPI MANE PERUNTUKAN UNTUK SEKOLAH KEBANGSAAN YANG LAIN... TAKKAN NAK TUNGGU MP MATI DULU KOT!!!

BN-PERKASA ibarat ISI DENGAN KUKU...
Abu Nu'man 0 Komentar

IBARAT ISI DENGAN KUKU... itulah bidalan yang paling sesuai mengambarkan hubungan antara BN dan PERKASA... kerana apa yang diperjuangkan oleh Perkasa adalah sama dengan apa yang telah diperjuangkan oleh pemimpin BN terdahulu.

Dalam perkembangan lain... PERKASA menyelar tuduhan MCA yang menyalahkan kerjasama antara BN dan PERKASA menyebabkan undi bukan melayu merosot pada PRK Hulu Selangor sambil menyifatkannya sebagai satu tudukan jahat daripada MCA kepada PERKASA.

“Mereka membenci sangat MCA, MCA yang harus dipersalahkan... jadi mengapa mempersalahkan Perkasa... apa yang istimewa sangat dengan Perkasa” kata beliau lagi sambil menambah, pengundi Cina sudah mula membenci MCA sebelum kelahiran Perkasa.

Dalam pada lain... Naib Presiden MCA Gan Ping Sieu menegaskan satu daripada sebab utama BN kehilangan keyakinan kaum Cina adalan berpunca daripada kerjasama sebenar atau tanggapan terhadap kerjasama erat pemimpin BN dengan organisasi “perkauman menebal”.

Beliau juga mendakwa kenyataan berunsur perkauman oleh beberapa pemimpin BN yang dilaporkan secara meluas oleh media turut memberi kesan dalam pilihan raya kecil itu.

Gan berkata jika BN mahu mendapatkan lebih banyak sokongan daripada pengundi bukan Melayu, ia perlu terlebih dahulu menjauhkan diri dengan pertubuhan seperti Perkasa yang cenderung meluahkan kenyataan berunsur perkauman.

Jika tidak, BN menghadapi risiko kehilangan sokongan pengundi bukan Melayu pada pilihan raya umum ke-13 akan datang, kata beliau.

KAMI, DPPWM SENTIASA MENDOAKAN AGAR KERJASAMA  ANTARA BN DAN PERKASA AKAN BERKEKALAN .. AMINNN

Lagi Kecoh Di Parlimen - Ingkar Titah Sultan.
Abu Nu'man 0 Komentar

Lagi berita kekecohan berlaku di parlimen, bukan di Malaysia tetapi di parlimen Ukraine menjadi kecoh semalam apabila anggota Parlimen bergaduh dan melontar bom asap ketika berlaku perbahasan hangat mengenai tempoh melanjutkan kehadiran sebuah pangkalan tentera laut Rusia di negara ini.


Di sebalik kejadian luar biasa yang menyaksikan dewan persidangan dipenuhi asap, Parlimen meluluskan usul untuk melanjutkan tempoh armada Laut Hitam Rusia di Crimea sehingga 2042, yang disifatkan oleh pembangkang sebagai 'menggadai' Ukraine.

Kekecohan bermula apabila Speaker, Volodymr Lytvyn dibaling sedozen telur memaksa beliau berlindung di sebalik payung.

Beberapa bom asap juga dilontar di dalam dewan, dipercayai dilakukan oleh wakil rakyat pembangkang pro-Barat sebelum tercetus pergaduhan apabila anggota-anggota Parlimen saling tumbuk-menumbuk.

Andriy Shevchenko, ahli Parlimen daripada blok yang diketuai bekas Perdana Menteri, Yulia Tymoshenko, mengaku bom asap berkenaan dilontar oleh pihaknya.

Sokongan kepada ADUN Bukit Assek
Abu Nu'man 0 Komentar

DAP menamakan ketua parti itu di Sarawak, Wong Ho Leng (gambar) sebagai calon Pakatan Rakyat (PR) pada pilihan raya kecil kerusi Parlimen Sibu, 16 Mei ini.
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, ADUN Bukit Assek itu akan bertanding semula di kubu kuat Barisan Nasional (BN) tersebut.

Sibu merupakan pilihan raya kecil ke-11 sejak pilihan raya umum Mac 2008.

Lim mengumumkan bakal calonnya itu pada satu majlis makan malam di Sibu yang dihadiri pemimpin-pemimpin komponen PR.

Komponen PR diwakili oleh Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali, Timbalan Pengerusi PKR Sarawak Zainal Abidin dan Johnny Wong dari SNAP yang menganggotai PR.

Kira-kira 2,000 orang menghadiri majlis makan malam kutipan sumbangan derma parti. Turut hadir pemimpin-pemimpin masyarakat Iban.

Wong, 50, merupakan seorang peguam yang menyertai DAP sebagai ahli seumur hidup pada April 1986

27 Apr 2010

Apa dah jadi dengan Bank Muamalat???
Abu Nu'man27 Apr 2010 0 Komentar

Ajaran 1 Malaysia Islam Hadhari
Abu Nu'man 1 Komentar

Macam nie punye spesis pun ade kat malaysia ke?


Tiada Lesen Kereta, Remaja ditembak Polis???
Abu Nu'man 0 Komentar

JUSTICE FOR AMIRULRASHID AMZAH
Seorang remaja 15 tahun yang bakal menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) mati ditembak akibat gara-gara didakwa cuba melanggar anggota polis. Kakak kepada remaja lelaki yang ditembak mati oleh anggota peronda polis, dalam kejadian awal pagi ini, Norazura Amzah, 39, bingung mengapa adiknya ditembak malah yakin mangsa bukan penjenayah seperti yang didakwa.


Kejadian itu dipercayai berlaku pada kira-kira pukul 2 pagi tadi hanya kira-kira 100 meter dari rumah mangsa. Mangsa yang tidak memiliki lesen kereta terkejut apabila bertembung dengan kereta peronda polis terus memecut keretanya sebelum pihak polis melepaskan tembakan ke arah tayar kereta mangsa menyebabkan kereta mangsa terbabas. Terkejut dengan tindakan polis yang cuba memeriksanya, mangsa dikatakan mengundur kereta dan cuba merempuh polis. Atas tindakan itu, polis melepaskan tembakan ke arah mangsa mengakibatkan mangsa mati ditempat kejadian.

Tinjauan di perkarangan masjid di Seksyen 11 di sini mendapati lebih 200 rakan Allahyarham dan saudara mara berkumpul untuk menunaikan solat jenazah dan memberi penghormatan terakhir kepada mangsa.

Turut kelihatan Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Noor Azam Jamaluddin, timbalannya Supt M. Chandara serta Anggota Parlimen Shah Alam Khalid Abdul Samad.

Jenazah Aminulrashid selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 di sini selepas solat Maghrib tadi.

Sementara itu, Khalid berkata Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar memberikan jaminan bahawa siasatan menyeluruh akan dijalankan bagi mengenalpasti punca sebenar kejadian itu.

Pada kejadian itu, Aminulrashid mati terkena tembakan polis manakala rakannya berjaya melarikan diri ketika terserempak dengan kereta peronda polis di kawasan seksyen 11 di sini.

DPPWM MENGUCAPKAN TAKZIAH KEPADA AHLI KELUARGA AMIRULRASHID AMZAH

Handphone service berkonsep syariah di Pantai Timur
Abu Nu'man 0 Komentar


Perkhidmatan telefon mudah alih yang pertama berkonsepkan syariah Islam akan diperkenalkan di Pantai Timur selewat-lewatnya Julai ini dengan pakej yang lebih menarik.
Pengarah Urusan Syarikat Ghazz Network (M) Sdn Bhd Ghazali Mohd Saat berkata perkhidmatan itu ditaja oleh Baraka Telecom Sdn Bhd yang berpangkalan di Kuwait dengan usahasama Ghazz Networks (M) Sdn Bhd yang berpejabat di Kota Baru.
“Seramai 550 ejen di Kelantan dan Terengganu sudah dikenal pasti bagi meluaskan rangkaian perkhidmatan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Katanya, 24 daripada ejen itu sudah diberi latihan dan penerangan mengenai keistimewaan perkhidmatan itu yang akan menawarkan kadar penggunaan yang terendah berbanding dengan syarikat-syarikat mudah alih lain.
Perkhidmatan itu juga menawarkan keuntungan bersama selain akan menjalankan kerja-kerja amal kebajikan kepada masyarakat Islam seperti mengumarahkan masjid dan kegiatan sukan yang tidak bercanggah dengan ajaran Islam, katanya.
Ghazali berkata pelanggan yang menunaikan fardu haji dan umrah pula akan dapat manfaat apabila menggunakan perkhidmatan itu ketika berada di Mekah dan Madinah.
“Keluarga mereka yang berada di tanah air boleh menghantar wang hanya dengan menggunakan sistem pesanan ringkas (SMS),” katanya.
Beliau berkata pihaknya sedang berusaha untuk mendapatkan pinjaman awal berjumlah RM1 juta daripada mana-mana institusi kewangan di negara ini dalam tempoh terdekat.

26 Apr 2010

Katak Puru Forever mula menyanyi
Abu Nu'man26 Apr 2010 0 Komentar


Presiden Perkasa aka Presiden Katak 1 Malaysia menggesa kerajaan Barisan Nasional (BN) menangguhkan bantuan dan peruntukan yang dijanjikan untuk masyarakat Cina ekoran keputusan pilihan raya kecil Hulu Selangor semalam termasuk peruntukan RM3 juta untuk sekolah Cina.
“Amat wajar kerajaan tangguh dulu apa jua peruntukan dan kelulusan kepada masyarakat kaum Cina, terutama desakan-desakan MCA dan Gerakan kerana jelas masyarakat Cina di Hulu Selangor serta India tidak menyokong BN.
“Mereka langsung tidak hargai apa yang diberi oleh kerajaan BN walaupun kerajaan BN terpaksa mengguris hati orang Melayu dan Bumiputera,” kata Si Katak mengulas keputusan malam tadi yang memihak BN tetapi majoriti cuma 1,725 undi.

“Cuma pengundi kaum Cina nampaknya tidak berterima kaseh pada kerajaan BN. Jelas pengaruh MCA dan Gerakan ditolak masyarakat Cina. Pelbagai tuntutan kaum Cina, kerajaan layan, tapi balasannya tidak seberapa,” tambah Si Katak.

PETI UNDI ‘AJAIB’ MENANGKAN BN?
Abu Nu'man 0 Komentar

Sejak awal lagi kelihatan penyokong PKR telah mula memasuki Stadium mini KKB untuk mengikuti pengumuman daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). SPR mula mengumumkan keputusan mengikut peti undi dengan calon PKR Datuk Zaid Ibrahim sedang mendahului di 42 peti undi dan masih berbaki 137 peti undi yang belum tiba.

Peti-peti undi yang selesai dikira di pusat-pusat pengundian dibawa masuk ke pusat penjumlahan rasmi undi di Kompleks Sukan Kuala Kubu Baru di sini. Para pemimpin tertinggi BN kelihatan mulai meninggalkan KKB seolah-olah memberi gambar awal yang BN akan kecundang pada PRK kali ini.

Setakat pukul 7.00 petang Datuk Zaid mendapat majoriti sebanyak 1,662 berbanding calon BN P. Kamalanathan. Sorakkan demi sorakan serta laungan Takbir dari penyokong PKR mula bergema di stadium.

Namun selepas jam 7.30 malam, peti-peti undi yang baru tiba dipusat penjumlahan tersebut telah memihak kepada BN menyebabkan sehingga jam 8.00 malam majority PKR menurun sehingga kepada 372 undi. Kelihatan para penyokong PKR mula meninggalkan stadium secara beransur-unsar dan kelihatan para pemimpin BN sudah mula memasuki Kompleks Sukan.

SPRM wajib siasat PMku Sayang!!!
Abu Nu'man 1 Komentar

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) perlu menyiasat sama ada PM ku sayang kerana telah melakukan dua kesalahan rasuah dalam kempen pilihanraya kecil parlimen Hulu Selangor tegas Lim Kit Siang dalam blognya.


Kesalahan pertama ialah apabila PM ku sayang cuba merasuah 1,500 pengundi Rasa supaya mengundi calon P Kamalanathan dengan meluluskan RM3 juta untuk membina semula sekolah rendah Cina dengan satu syarat.

Najib secara terbuka mengumumkan “Jika kami menang pilihanraya kecil ini, kamu boleh datang pada hari berikutnya untuk bertemu saya.

Saya secara peribadi akan menulis surat untuk meluluskan wang dan ia akan dipindahkan ke akuan lembaga sekolah. Jika kita kalah, kamu tidak perlu datang," katanya.

Lim berkata, kesalahan kedua ialah semasa Najib melawat Kampung Hassan di mana beliau berjanji kepada majoriti pengundi Cina bahawa kerajaan BN akan membina 200 unit rumah kos rendah jika Kamalanathan menang.\

… tak tau la nak kategorikan ini sebagai apa… rasanya SPRM lebih mengetahuinya itu pun kalau SPRM tak bongok la….

Undi Cina kepada BN di Hulu Selangor rendah
Abu Nu'man 0 Komentar

Tahniah kita ucapkan kepada BN kerana telah berjaya membuktikan yang mereka benar-benar berjaya merasuah para pengundi di Hulu Selangor khususnya orang-orang melayu yang haprak dengan majoriti sebanyak 1,725. Walaupun para pemimpin BN mendakwa parti mereka telah dapat menawan hati dan fikiran rakyat di kawasan tersebut.... piiiigi daaa.....


Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata walaupun menang dengan majoriti 1,725, tetapi pengundi Cina didapati tidak menyokong BN walaupun Najik yang telah menyalah gunakan kuasa mendakwa dia selaku PM dan Menteri Kewangan teleh merasuah sebanyak RM3 juta kepada sekolah cina hari Isnin selepas PRK sekiranya BN menang pada PKR. Namun sokongan tersebut hambar bukan sahaja dalam pilihan raya kecil itu tetapi juga semasa pilihan raya umum 2008 yang lalu.

“Sokongan di kalangan masyarakat Cina tidak bertambah. Apabila kita mula berkempen di sini, tahap sokongan hanya sekitar 12 hingga 15 peratus. Selepas PM turun menemui rakyat, ia meningkat kira-kira 25 peratus," katanya.

ADUN SG BURONG MATI HIDUP SEMULA
Abu Nu'man 0 Komentar

Dalam suasana panas menanti keputusan rasmi pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor semalam, khabar angin tentang adun Sungai Burong Shamsuddin Lias (Barisan Nasional)  heboh memperkatakan bahawa dia telah meninggal dunia.

Berita ini telah tersebar luas melalui SMS di Hulu Selangor hingga menimbulkan kekeliruan banyak pihak. Sehingga ada yang mengucapkan Alhamdulillah bukan kerana kematian adun BN tetapi kerana akan ada satu lagi PRK di Selangor. Namun sebenarnya beliau masih hidup dan boleh menjawab panggilan telefon para wartaman bagi mengesahkan kematian beliau.

Jadi kita doakanlah kesihatan ke atas beliau agar tidak meninggal dalam masa terdekat ini sebab para petugas nak berehat sekejap setelah penat bekerja menangkis segala fitnah dan mehnah yang dilakukan oleh BN pada PKR P94 Hulu Selangor.

24 Apr 2010

Umno Kena belajar lagi
chedet24 Apr 2010 0 Komentar

UMNO Bodoh Kerana Serang Peribadi


Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat menyifatkan tindakan menyerang peribadi calon PKR Datuk Zaid Ibrahim sebagai perbuatan "orang yang tidak ada modal" untuk berkempen dalam pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor.

Mursyidul
am PAS itu menyifatkannya sebagai satu "kerja bodoh dan kebudak-budakan".

"Calon ini (Zaid adalah) calon parti, Kalau Umno ada modal, serang parti lah, jangan serang tubuh (peribadi individu). Ini kerja bodoh, ini kerja budak-budak.

"Ini calon parti. Parti A dan Parti B. Parti A lawan Parti B. Parti B lawan parti A. Jangan serang peribadi.

"Macam budak budak kecil lah, kalau dia boleh bertumbuk, dia bertumbuk. Kalau tak boleh bertumbuk, dia jebeh (menjelir lidah), dia meludah. Itu semata-mata nak lepas geram, tanda dia tak boleh jawab," katanya sambil menjelir lidahnya sedikit menyebabkan kira-kira 50 wartawan termasuk hadirin ketawa.

Nik Aziz yang juga mursyidul am PAS berkata demikian bagi menjawab soalan pemberita berhubung perbuatan menyerang peribadi Zaid yang didakwa seorang peminum arak tegar dan berjudi, dalam kempen pilihan raya.

"Ini satu perkara yg memalukan. Memalukan politik Malaysia," katanya di Kuala Kubu Baharu malam ini.

Turut hadir dalam sidang media itu ialah Zaid, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, pemimpin DAP Lim Kit Siang dan naib presiden PKR Azmin Ali.


JAIS ditempelak

Dalam sidang media yang sama juga, Nik Aziz turut menempelak Jabatan AgamaIslam (JAIS) yang melarang pemimpin politik berceramah di masjid untuk kepentingan politik.

"Siapa ajar tak boleh cakap politik dalam masjid. Allah memerintah manusia dengan keadilan. Keadilan ada urusan politik, dibaca dalam al-Quran, dalam masjid," katanya sambil membaca sepotong ayat al-Quran.


"Allahu Akbar, kita azan, ini politik. Mengajak orang ramai pergi ke masjid, ini politik... Ini kerja-kerja saki baki ajaran penjajah barat yang mengasingkan ajaran agama dan politik... Ini adalah ajaran karut yang ditinggalkan oleh Inggeris yang diterima oleh manusia Muslim. (Saya) rasa dukacita," katanya.

Dalam sidang media yang sama, Zaid yang juga bekas menteri kabinet menjelaskan bahawa beliau amat menghormati kealiman dan ketinggian ilmuan menteri besar Kelantan itu.

Menurutnya, beliau amat terharu apabila Nik Aziz menelefonnya sebanyak dua kali dari Mekah, memintanya bersabar ketika berdepan dengan serangan peribadi terhadapnya di Hulu Selangor.

Politik: Masjid
chedet 0 Komentar

Siapa ajar tak boleh cakap politik dalam masjid. Allah memerintah manusia dengan keadilan. Keadilan adalah urusan politik, dibaca dalam al-Quran, dalam masjid ,Nabi Muhammad s.a.w sendiri ahli agama, politik, panglima perang dan menteri kewangan serta menteri sosial - TGNA ..gambar malaysiakini

JAIS ditempelak

Nik Aziz turut menempelak Jabatan Agama Islam (JAIS) yang melarang pemimpin politik berceramah di masjid untuk kepentingan politik.

“Siapa ajar tak boleh cakap politik dalam masjid. Allah memerintah manusia dengan keadilan. Keadilan ada urusan politik, dibaca dalam al-Quran, dalam masjid,” katanya sambil membaca sepotong ayat al-Quran.

“Allahu Akbar, kita azan, ini politik. Mengajak orang ramai pergi ke masjid, ini politik… Ini kerja-kerja saki baki ajaran penjajah barat yang mengasingkan ajaran agama dan politik… Ini adalah ajaran karut yang ditinggalkan oleh Inggeris yang diterima oleh manusia Muslim. (Saya) rasa dukacita,” katanya.Malaysiakini

………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………..

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bertegas adalah tidak salah untuk menyampaikan ceramah politik di dalam masjid.

“Siapa ajar tidak boleh cakap politik di masjid. Urusan politik ini disebut dalam al-Quran. Ini kerja saki baki penjajah barat yang asingkan agama dan politik.

“Nabi Muhammad s.a.w sendiri ahli agama, politik, panglima perang dan menteri kewangan serta menteri sosial.

“Ini ajaran karut yang ditinggalkan Inggeris dan digunakan oleh orang Islam dan ia sangat mendukacitakan, ” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Makan Malam bersama Pemimpin- pemimpin Pakatan Rakyat (PR) di Banglo Pejabat Daerah Hulu Selangor di sini semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas titah Sultan Selangor Sultan Sharifuddin Idris Shah yang melarang sebarang tindakan menggunakan masjid sebagai gelanggang untuk berpolitik dan tempat untuk mengadakan demonstrasi.

Sultan Sharafuddin sebelum ini bahawa bertitah masjid dan surau adalah tempat untuk umat Islam dan orang Melayu bersatu padu, bermuafakat serta mengeratkan silaturrahim sesama umat, dan bukannya tempat untuk berpolitik.Mstar

Kalumpang: masyarakat india sambut zaid
chedet 0 Komentar



Ratusan masyarakat india Kalumpang hari ini menyambut dan meraikan CalonPakatan Rakyat, Dato' Zaid Ibrahim sebagai tanda sokongan.


http://idhamlim.blogspot.com/2010/04/oku-warga-emas-dan-ibu-tunggal-terharu.html
chedet 0 Komentar



9 Jamadil Awal 1431H.
PAS Miri

Program Ziarah Jejak Fakir kali ini pasti meruntun jiwa Sukarelawan PAS dan rakan rakan komponen Pakatan Rakyat Miri apabila lebih 17 keluarga yang disantuni adalah dari warge emas yang mengalami sakit tua dan uzur,warga OKU dan ibu tunggal miskin. Destinasi kali ini adalah Kampung Pengkalan Lutong ,kira kira 15 km dari bandaraya Miri. Misi kali ini yang merupakan misi kebajikan kali ketujuh tahun ini desekitar Miri oleh PAS Kawasan diketuai sendiri YDP PAS Kawasan;Tuan Haji Jofri Jaraiee. Turut serta TYDP,Engr KhairulNizam Yob ,Ketua Pemuda PAS,Abe Wan Husni,Ketua DAPSY Miri,Saudara Michael Ding serta Pimpinan Wanita DAP dan Keadilan.


Baca Seterusnya...

TERKINI DARI KKB
chedet 0 Komentar



kempen barisan nasional macam koyak. najib ambil
alih dari muhyiddin. muhyiddin lesap. najib tak
mahu dilihat mengekor muhyiddin. kalau kamalnathan
menang najib tak mahu muhyiddin 100 peratus dapaty glamour.

bik mama berkempen hingggakan bergegar felda suharto.


FELDA

Ini penenetu undi prk hulu selangor.
china memberi sokongan solid paka pakatyan.
indian memberikan 50 peratus sokongan
melayu ? masih belum jelas -


MALAM INI MALAM INI


UNTUK PELANCUNG POLITIK DAN CERAMAH JUNKIES

7.00 Tman Koskan - Jamuan Masyarakt Indfia - Anwar Ibrahim

7.00 Kerling, Kg Ayer Jernih, Ampang Pecah dan KKB - Zaib Ibrahimberjalan berkenal suai.


CERAMAH PERDANA :

8.00 maklam - PUSAT KOMUNITI SERENDAH - Anwar Ibrahim dan Nik Aziz
8.00 malam - BUKIT BERUNTUNG - Anwar Ibrahim


CERAMAH AKHIR PRK HULU SELANGOR MALAM INI DI MINI STADIUM KKB

JAM 9.00
Anwar Ibrahim
Nik Aziz
Lim Kit Sinag
Zaid Ibrahim



PROGRAM AKHIR UNTUK KAMALNATHAN



Jam 9.00 malam - CERAMAH AKHIR DI BATANG KALI (depan kedai todi)
PENCERAMAH

- Muhyiddin
- Najib
- Kamal nathan
- Chua Soi Lek
- Samy Velluu

Atas pemintaan ramai :

Khir toyo dan Mat Taison yang selama ini di gam dari muncul di hulu selangor.

KKB PANAS

KKB petang ini panas. besar kemungkinan
tim yang suka memanggil hujan telah hilang tenggelam
atau semua dimakan ular kah kah kah

Tanah TUDM sungai Besi untuk digadai?
chedet 0 Komentar


http://1.bp.blogspot.com/_naaZXXey95E/S9LRKYUHkkI/AAAAAAAADXE/fERjWY07LYM/s1600/2010-04-24_190743.jpg

Something fishy is going on here!

(Malaymail Online 13/4/2010)

KUALA LUMPUR: City Hall has confirmed receiving a proposal for the redevelopment of the Sungai Besi airport by the Defence Ministry a few months ago, but details are still sketchy. This comes after Bernama last week quoted Defence Minister Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi as denying any such plans.

Mayor Datuk Seri Ahmad Fuad Ismail told The Malay Mail that City Hall called for a meeting with representatives from the Defence Ministry, Federal Land and Mines Department and the Public Private Partnership Unit (UKAS) which comes under the Prime Minister's Department, a couple of months ago. There were talks for the area to be redeveloped.

"We have not seen or received details on the type of redevelopment in store and no development application has been made so far. But yes, I can confirm there was a proposal for it."

He said only the Defence Ministry is privy to what plans it has for the area.

Apa cerita ini? Tahun ini sahaja dah tiga kali Kementerian Pertahanan buat hal. Dari enjin jet hilang, maklumat negara bocor dan hari ini Lapangan Terbang Sungai Besi pula bakal dihijack.

Zahid Hamidi harus berhati-hati kerana pilihanraya semakin dekat. Kalau nak menyamun pun jangan lah di siang hari tunggu lah malam sedikit.

Surat Terbuka Buat Mufti Perak
chedet 0 Komentar


Oleh MOHD AKMAL BIN KAMARUDIN

Dengan penuh rasa insaf dan tanggungjawab saya mewakili sahabat-sahabat yang cintakan keamanan dan membenci kekejaman rejim Zionis Laknatullah ingin melontarkan pandangan berdasarkan jika benar laporan didalam naskhah Berita Harian keluaran 17 April 2010 yang dipaparkan di muka hadapan atau di laman web : Links

PENDAHULUAN

Matlamat Yahudi Yang Utama : Memerintah Setiap Negara

Pada tahun 1897 di Basle, Swirtzeland 300 sarjana Yahudi telah berkumpul secara sulit untuk merancang beberapa agenda atau Protokol Yahudi. Perhimpunan ini dipimpin oleh Teodrl Hezl. Matlamat utama perhimpunan ini adalah untuk memastikan bahawa bangsa Yahudi akan kekal memerintah di setiap negara walaupun negara itu diperintah oleh bangsa selain Yahudi.

Protokol Yahudi ini akhirnya telah dibawa ke pengetahuan umum pada tahun 1901M, apabila seorang wanita Perancis telah berjaya mencuri naskhah protokol ini daripada seorang pemimpin tertinggi Freemasonary. Wanita tersebut telah mencurinya diakhir Muktamar Rahsia (Jewish Masonic Conspiracy) yang diadakan di Perancis. Protokol-protokol ini telah diterjemahkan ke Bahasa Arab oleh Ust Mohd Khalifah Attunisi. Di bawah tajuk “Protokol Hukama Sohyuni”

BACA SELANJUTNYA DISINI

Hulu Selangor: Pesanan Terakhir..!!
chedet 0 Komentar


ArtikelOleh: setisab

"Kepada semua pemilih dalam pilihan raya kecil Hulu Selangor.

Ingat pesanan ini:

Walau satu undi untuk BN, ianya ibarat menggadai maruah Agama, Bangsa dan Negara kepada Israel.

Kalau anda cintai agama dan sayangi negara, umno dan Barisan Nasional wajib dihancurkan...!!! Mereka adalah agent Yahudi yang nyata...!!

Kalau Yahudi Israel zalim terhadap umat Islam Palestin, Umno/BN terutama presidennya lebih kejam dan zalim daripada Zionis harami..

“Kita bersetuju untuk membayar RM160,000 seekar, akan dibayar bila tanah dibangunkan... pastikan pada pilihan raya umum akan datang negeri Selangor kembali kepada pangkuan Barisan Nasional,” kata Najib pada majlis khas di padang Sekolah Kebangsaan Sungai Buaya di sini hari ini.

Lihatlah betapa zalimnya seorang perdana menteri sunggup membuat ugutan terhadap rakyatnya sendiri..? Apakah sekiranya rakyat tidak menyokongnya maka berbillion wang rakyat itu akan disonglapkan untuk agihan para kroni mereka..??

Wahai pengundi Hulu Selangor, saya ulangi pesanan... walau satu undi untuk BN, ianya ibarat menggadai maruah Agama, Bangsa dan Negara kepada Israel. Perlu diingat, lawatan perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak ke Amerika dan pertemuan dengan presiden Obama adalah terjemahan kepada sokongan Umno/BN kepada perjuangan YAHUDI..!!!

HULU SELANGOR, 23 April — Datuk Seri Najib Razak berjanji akan menyelesaikan masalah 363 bekas peneroka Felda Sungai Buaya di sini, yang berlarutan lebih satu dekad, dengan syarat Barisan Nasional (BN) merampas kembali Selangor dalam pilihan raya umum akan datang.

Najib, yang juga Pengerusi BN memberi janji ini kira-kira lima jam selepas Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berkata kerajaan negeri akan mengambil alih tanah bekas penempatan Felda ini untuk dibangunkan dan membantu peneroka-peneroka terbabit.

Khalid memberikan tempoh tiga bulan kepada pemaju berkenaan untuk tampil dengan pelan pembangunan tanpa mengabaikan kepentingan bekas peneroka terbabit.

Kedua-dua Najib dan Khalid berada di kawasan bekas Felda Sungai Buaya ini ketika tinggal dua hari sebelum pengundian pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor Ahad ini.

Daerah mengundi Sungai Buaya menjanjikan 1,700 undi manakala daerah mengundi Bandar Sungai Buaya pula sekitar 550 undi.

Isu ini telah menjadi tuntutan pilihan raya umum 2004 dan 2008 ketika kerajaan negeri masih berada dalam penguasaan BN.
"

MELAYU TIPU MELAYU
chedet 0 Komentar

sumber


I attended the ‘peoples feast’ (kenduri rakyat) at Kuala Kubu Baru in front of the Pusat Latihan Bomba with my family with the lucky draw numbers: 1734,1735, 1764 and 17155. The banners that highlight the events were written all over the parliamentary constituency of Hulu Selangor. The main menus for the feast were Nasi Lemak /teh tarik. We went there minus our PKR logos, of course. Thinking that I was a VIP they allowed me to park within the Bomba’s compound.

I wish to personally send this message to Rosmok and Riceyatim. This function was a reflection of a typical sad case of Melayu tipu Melayu (Read: Umno tipu Melayu). I went to the Nasi lemak stall and asked for four packets of nasi lemak. When my wife opened the packed she exclaimed, “Macam ini ke nasi lemak jamuan rakyat”. I tell you, I got the shock of my life and asked for an explanation. The caterer told me “Can’t be help Enche. First they offered me RM3,000.00 for 1000 packet of nasi Lemak. But, the paid me only RM 100.00, so I come up with 100 packets @ RM1.00. The Jamuan Rakyat was a massive failure….. serupa bagi anjing makan!

If you go to a primary school canteen, see for yourselves how the 60 sen nasi lemak looks like and that was the quality of nasi lemak they offered as lunch to all the stupid Umno members that attended the function. I saw a lot of buses not excluding Metro from KL. We left almost immediately and on our way out a tour bus loaded with Umno members (mostly woman folk) disembarked right in front of my wife.

Listen to their dialogs:

My wife: Datang dari mana? Nak makan nasi lemak ke?

Makcik: Dari Slim River. Nak rasa nasi lemak ‘Jamuan Rakyat’

My wife:Nasi lemak penipu. Nah, tengok dalam paket ini. Ini le dia nasi lemak Jamuan Rakyat. Makan lain sama juga teruk. Banyak stall tarik diri kerana kena tipu.

A girl: Tak kan macam ini. Datang jauh-jauh makan macam ini?

My wife: Kalau tak percaya pergi masuk. Tengok sendiri nasi lemak sumbangan isteri Perdana Menteri dan Rais. Kalau macam ini jangan harus kita undi dia orang.

A girl:Memang pun. Macam bagi pemintak sedekah makan.

This is the work of Umno. The top brass cheated the Malays by the hundred of millions while at the grassroots they also mercilessly TIPU THE MELAYU. Even nasi lemak also they have the guts to cheat and insensitive to the poor kampong folks. Then, they expect the people of Hulu Selangor to vote for them?

I AM TELLING YOU THIS.

UMNO/BN WILL BE HUMILITED BY ZAID IBRAHIM.

23 Apr 2010

*Seperti yang dijangka, katak-katak ni pasti selamat.Mahkamah UMNO/BN punya.Tunggu la balasan Allah swt nanti

Tuduhan rasuah: Dua bekas exco dibebaskan


Mahkamah Sesyen Ipoh hari ini membebaskan dua bekas anggota exco kerajaan negeri Perak dan tiga individu lain berhubung dakwaan rasuah tanpa dipanggil bagi membela diri.

Hakim Azhaniz Azman berkata pendakwaan telah gagal membuktikan kes prima facie dan mengarahkan mereka dibebaskan serta merta.

Mohd Osman Mohd Jailu, 58 (Changkat Jering) dan Jamaluddin Mohd Radzi, 53 (Behrang) didakwa bersama tiga yang lain - bekas adun Bota Usaili Alias, 56, bekas ahli majlis daerah Perak Tengah Zul Hassan, 46, dan kontraktor, Fairul Azrim Ismail, 31.

Osman dan Jamaluddin adalah bekas Adun PKR yang kini menjadi wakil Bebas.

16 tuduhan rasuah

Semua mereka menghadapi 16 tuduhan rasuah berkaitan sebuah projek pembangunan bernilai RM180 juta di Seri Iskandar

Mereka didakwa melakukan kesalahan rasuah itu di pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak dan di restoran Kluang Station Cafe di Medan Istana, Ipoh dan di Aquarias Restaurant & Bar di Bukit Mertajam antara 14 hingga 19 Ogos 2008.

Zul jug
a didakwa menerima rasuah seorang perempuan bagi tujuan mengadakan hubungan seks pada 8.10 malam 14 Ogos lepas di Sri Sayang Apartment, Pulau Pinang.

Ahli perniagaan Fairul Azrim Ismail, 30, yang dituduh menerima habuan rasuah seks di Sri Sayang Apartment pada 14 Ogos lalu untuk membantu seorang bernama Mohamad Imran Abdullah memperoleh projek pembangunan bersama di Bandar Baru Seri Iskandar melibatkan Majlis Daerah Perak Tengah dibicarakan secara bersama dengan lima tertuduh berkenaan.

Tok Guru dilarang berceramah di masjid-masjid Hulu S'gor
al malaki 0 Komentar

Pengarah JAIS, Datuk Muhammed Khusrin Munawi berkata, arahan itu bukan ditujukan kepada menteri besar Kelantan sahaja tetapi mencakupi semua pihak.

Katanya, larangan itu sebagai menjunjung titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang melarang pengunaan masjid oleh individu-individu berkepentingan politik menggunakan institusi umat Islam itu untuk tujuan berkenaan.

Utusan Malaysia dalam laporannya hari ini memetik Sultan Sharafuddin menitahkan polis supaya bertindak tegas terhadap mana-mana pihak yang menggunakan masjid untuk berkempen dalam pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor yang sedang berlangsung sekarang.

Ketua Polis Negeri Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, larangan itu termasuk ceramah politik, penganjuran sebarang perhimpunan atau demonstrasi.

Katanya, pihak polis akan meningkatkan kawalan di semua masjid bagi membendung perkara tersebut daripada berlaku.

Sehubungan dengan larangan itu juga beberapa jadual Mursidul Am PAS hari ini di beberapa masjid di Hulu Selangor terpaksa disusun semula.

Antaranya, Nik Aziz akan berkempen di Assam Kumbang sebelum ke Rasa (9.30pm) dan Batang Kali (10.30pm).


*Ni yang dipanggil sekular....mengasingkan agama dengan politik. Kalau yang dok jabatan agama pun bengong, agak-agak puak yang dok mari masjid macam mana pulak ? Wallahualam

BN MAMPU BERUBAH... MERUBAH?.. ke BN Bodo!!!
Abu Nu'man 2 Komentar

Sempena pilihanraya kecil kali ini... BN melancarkan slogan barunya 'BN MAMPU BERUBAH'....habis segala tiang-tiang lampu digantungnya Bunting muka PM ku sayang....

Tapi bagi gua macam ada yang tak kene dengan slogan tue... atau BN tak pandai bahasa Melayu... terfikir jugak... kenapa tak letak slogan 'BN MAMPU MERUBAH' .???... kalu dipikirkan dengan gua yg hanya lulusan Ijazah nie... maksud mampu berubah seolah-oleh yg BN nie dulunya 'Jahat' (memang jahat la dulu kini selamanya) dan nak berubah jadi 'Baik' ... kalu gua sepatutnya letak perkataan 'merubah'... baru membawa maksud ada kekuatan untuk membawa satu perubahan pada Negeri Selangor... tak gitu orang-orang BN... tapi nak buat camne... memang BN nie bongok dulu kini slamanya... walaupun kate pejuang melayu... bahasa melayu pun tak pass lagi...

Ataupun memang nak tunjukkan yang BN nie mampu berubah tapi tak akan berubah... dan selama-lamanya akan menzalimi rakyat ...akan tipu rakyat... akan perkosa hak rakyat.... mereka mendahulukan habuan untuk mereka sebelum memikirkan tentang rakyat....

Bagi UMNO Orang Melayu RM1.50 je
Abu Nu'man 0 Komentar

Kepada penduduk di Hulu Selangor korg dijemput menjamu selera dengan nasi lemak dan teh tarik pada “kenduri rakyat” anjuran Jabatan Warisan Negara (JWN) sabtu ni.


Program yang dinamakan Pesta Nasi Lemak-Teh Tarik dan Makanan Warisan 1 Malaysia akan diadakan di padang kawad akademi bomba dan penyelamat Malaysia Kuala Kubu Baharu, bermula dari pukul 10 pagi hingga 6 petang.

Siti Zuraina berkata pesta tersebut akan dirasmikan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dengan dihadiri Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Tu je la yang UMNO-APCO boleh bagi memikat para pengundi Hulu Selangor untuk memangkah mereka pada Ahad ini...memang rendah betul maruah orang Hulu Selangor  kerana dek Nasi Lemak dan Teh Tarik yang tak sampai RM1.50.

Tok Guru Turun Malam nie di P94
Abu Nu'man 0 Komentar

Ceramah Perdana sulung bersama YAB Tok Guru Nik Aziz Nik Mat malam ini bertempat di Padang Bilik UPU Bukit Rasa, Kg. Melayu Rasa Tambahan. Antara penceramah lain yang akan bersama memanaskan pentas ceramah  YAB Tuan Guru adalah YB Tian Chua, Ustaz Idris Ahmad dan YB Dato' Mahfuz Omar.

Semua Masyarakat di Hulu Selangor dijemput hadir...

KENYATAAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS PUSAT
al malaki 0 Komentar

PENDIDIKAN SEKS TIDAK WAJAR DI PERINGKAT PERSEKOLAHAN

(23 April 2010)

Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) berpendapat subjek pendidikan seks atau pendidikan reproduktif tidak wajar diajar diperingkat sekolah rendah mahupun sekolah menengah. Meskipun objektif subjek tersebut dikatakan adalah untuk membendung gejala pembuangan bayi dan juga memberikan pemahaman mengenai hubungan seksual secara konseptual, namun kaedah yang hendak diaplikasikannya tidak tepat.

Sepertimana kami maklum, subjek Pendidikan Islam dan Moral telah sekian lama diterapkan diperingkat sekolah, malah dilengkapi dengan pelbagai aktiviti ko-kurikulum, kaunseling dan program pendisplinan pelajar. Adakah semua modul tersebut tidak mampu menangani kebejatan syakhsiyah pelajar?

Maka, atas keprihatinan ini, pihak Dewan Pemuda PAS Pusat dengan rasa penuh kesedaran ingin bertemu dengan pihak Kementerian Pelajaran Malaysia dan agensi-agensi yang berkaitan untuk tujuan perbincangan secara serius bagi mencari formula terbaik untuk menggariskan langkah pencegahan dan modul pendidikan yang terbaik untuk pelajar dan tenaga-tenaga pendidik di Malaysia.

Dewan Pemuda PAS Pusat juga ingin melontarkan beberapa cadangan untuk diberikan perhatian yang serius dan sewajarnya.

Pertamanya, subjek Pendidikan Islam perlu sentiasa diperkemaskan dan disampaikan dalam bentuk yang mudah difahami dan menarik supaya para pelajar tidak menganggapnya sebagai subjek yang remeh dan kurang bernilai. Pihak kami menggalakkan agar aktiviti-aktiviti praktikal dapat diperbanyakkan supaya ia lebih mudah dihayati.

Kedua, modul Fiqh Munakahat (Perkahwinan) dapat diterjemahkan lebih awal diperingkat sekolah rendah dan menengah mengikut kesesuaian dan taraf pemikiran mereka. Meskipun, subjek ini secara formal diajar diperingkat pengajian tinggi, namun ada beberapa topik atau intipati-intipati penting untuk disampaikan memandangkan keperluan pada hari ini lebih mendesak.

Ketiga, pihak kaunseling sekolah perlu diperkasakan peranannya supaya dapat lebih memantau dan membimbing para pelajar yang bermasalah dengan lebih efektif. Pelajar yang bermasalah perlu diberikan perhatian yang lebih termasuk curahan kasih sayang supaya mereka rasa dihargai dan diadili.

Keempat, kami menyeru kepada tenaga-tenaga pakar atau kumpulan-kumpulan konsultansi yang memberikan fokus kepada motivasi, bimbingan dan latihan agar lebih agresif membantu pihak sekolah dalam mendidik para pelajar.

Melihat kepada kebimbangan ini, pihak DPPP juga menyarankan agar semua rakyat khususnya para pendidik agar dapat lebih mengikhlaskan diri, lebih komited dan tidak berputus asa dalam penglibatan mereka membentuk modal insan di negara ini.

Disediakan oleh

HJ NASRUDIN HASSAN AT TANTAWI

KETUA DEWAN PEMUDA PAS PUSAT

................................................................................................

SEBARANG INFAQ / DERMA BOLEH DISALURKAN KEPADA

AKAUN DEWAN PEMUDA PAS
KAWASAN WANGSA MAJU
No. Account : 564557122098
Bank : Maybank
Branch : Wangsa Maju

................................................................................................

Disclaimer

Disclaimer/ Penafian

The views expressed in the posts and comments of this blog do not necessarily reflect the Dewan Pemuda PAS Kaw. Wangsa Maju (DPPWM). They should be understood as the personal opinions of the author or commenter. Your words are your own, so be nice and helpful if you can.

Tulisan dan komen daripada pembaca terhadap artikel di atas adalah pandangan peribadi dan tidak mewakili pendirian dppwm.blogspot.com. DPPWM tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan dan komen berkenaan.