Tok Guru dilarang berceramah di masjid-masjid Hulu S'gor

Pengarah JAIS, Datuk Muhammed Khusrin Munawi berkata, arahan itu bukan ditujukan kepada menteri besar Kelantan sahaja tetapi mencakupi semua pihak.

Katanya, larangan itu sebagai menjunjung titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang melarang pengunaan masjid oleh individu-individu berkepentingan politik menggunakan institusi umat Islam itu untuk tujuan berkenaan.

Utusan Malaysia dalam laporannya hari ini memetik Sultan Sharafuddin menitahkan polis supaya bertindak tegas terhadap mana-mana pihak yang menggunakan masjid untuk berkempen dalam pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor yang sedang berlangsung sekarang.

Ketua Polis Negeri Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, larangan itu termasuk ceramah politik, penganjuran sebarang perhimpunan atau demonstrasi.

Katanya, pihak polis akan meningkatkan kawalan di semua masjid bagi membendung perkara tersebut daripada berlaku.

Sehubungan dengan larangan itu juga beberapa jadual Mursidul Am PAS hari ini di beberapa masjid di Hulu Selangor terpaksa disusun semula.

Antaranya, Nik Aziz akan berkempen di Assam Kumbang sebelum ke Rasa (9.30pm) dan Batang Kali (10.30pm).


*Ni yang dipanggil sekular....mengasingkan agama dengan politik. Kalau yang dok jabatan agama pun bengong, agak-agak puak yang dok mari masjid macam mana pulak ? Wallahualam

Ulasan

Catatan Popular