BN-PERKASA ibarat ISI DENGAN KUKU...

IBARAT ISI DENGAN KUKU... itulah bidalan yang paling sesuai mengambarkan hubungan antara BN dan PERKASA... kerana apa yang diperjuangkan oleh Perkasa adalah sama dengan apa yang telah diperjuangkan oleh pemimpin BN terdahulu.

Dalam perkembangan lain... PERKASA menyelar tuduhan MCA yang menyalahkan kerjasama antara BN dan PERKASA menyebabkan undi bukan melayu merosot pada PRK Hulu Selangor sambil menyifatkannya sebagai satu tudukan jahat daripada MCA kepada PERKASA.

“Mereka membenci sangat MCA, MCA yang harus dipersalahkan... jadi mengapa mempersalahkan Perkasa... apa yang istimewa sangat dengan Perkasa” kata beliau lagi sambil menambah, pengundi Cina sudah mula membenci MCA sebelum kelahiran Perkasa.

Dalam pada lain... Naib Presiden MCA Gan Ping Sieu menegaskan satu daripada sebab utama BN kehilangan keyakinan kaum Cina adalan berpunca daripada kerjasama sebenar atau tanggapan terhadap kerjasama erat pemimpin BN dengan organisasi “perkauman menebal”.

Beliau juga mendakwa kenyataan berunsur perkauman oleh beberapa pemimpin BN yang dilaporkan secara meluas oleh media turut memberi kesan dalam pilihan raya kecil itu.

Gan berkata jika BN mahu mendapatkan lebih banyak sokongan daripada pengundi bukan Melayu, ia perlu terlebih dahulu menjauhkan diri dengan pertubuhan seperti Perkasa yang cenderung meluahkan kenyataan berunsur perkauman.

Jika tidak, BN menghadapi risiko kehilangan sokongan pengundi bukan Melayu pada pilihan raya umum ke-13 akan datang, kata beliau.

KAMI, DPPWM SENTIASA MENDOAKAN AGAR KERJASAMA  ANTARA BN DAN PERKASA AKAN BERKEKALAN .. AMINNN

Ulasan

Catatan Popular