TGNA DITEMUBUAL HOT FM CERITA PASAL BOLA
Syabas kepada Hot FM atas kesudiannya menemubual Menteri Besar kesayangan kita, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Tak sangka rupanya TGNA nie seorang yang lucu, disamping itu juga, dia sempat memberi kata-kata nasihat kepada penyokong Kelantan.
Antara petikan temubual tersebut :
“Imbuhan ada, tahun lepas kita bawa ke tanah suci, tapi dapat dirasai oleh suami sahaja, isteri tak dapat rasa apa-apa.
“Jadi tahun ini kita ubah teknik sikit, kita bagi wang tunai supaya suami sebagai pemain dapat rasa, isteri sebagai penonton dapat rasa, anak-anak pun seronok,”
“Saya nak tengok penyokong jaga tatsusila, jangan ada keganasan, semangat kesukanan kena jaga molek.
“Kita rakyat dan kerajaan negeri Kelantan duduk dalam keadaan tenang, berakhlak dan beradab,” katanya penuh harapan.
“Saya sebagai rakyat Kelantan berdoa agar kita berjaya..InsyaAllah kita harap kita berjaya,” tambahnya.
“Saya muda dulu main bola sebelum perang Jepun, ketika itu saya duduk pondok.
“Lepas Asar main bola, kawan saya sepak, kena lutut kanan saya smpai hari ni cedera. Orang tak tahu tu.
Beliau turut memberitahu, selain bermain bola sepak, beliau juga aktif dalam sukan berkuda.
“Ayah saya ada empat ekor kuda, kami empat beradik berlumba kuda.
“Bila saya menang, saya lepas tangan atas kuda tu, tiba-tiba biawak melintas, kuda terkejut dan berhenti mengejut, jatuh la saya.
“Lutut saya rosak sebab bola, belakang saya rosak sebab kuda, jangan main-main,” ceritanya

Ulasan
Catat Ulasan