TERUBAT RINDU BILA DENGAR SUARA RAJA KATAK

... akhir terubat rindu dihati ini bila dapat dengar balik suara orang yang gua pangkah masa PRU lalu untuk jadi wakil rakyat kawasan gua kawasan Pasir Mas...

Brahim Ali mendakwa konsep “Ketuanan Melayu” dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan bagi orang Melayu sambil memberi amaran bahawa sebarang usaha untuk mengetepikan konsep itu adalah satu “jenayah” kepada orang Melayu.


Dia (gambar) juga menegaskan “Ketuanan Melayu” konsep yang lahir daripada evolusi sejarah Malaysia berasal daripada empayar Kesultanan Melayu, meskipun istilah “Ketuanan Melayu” hanya dicipta ketika 1980-an.

“Ketuanan Melayu tidak gugur daripada langit... ia adalah hak-hak yang termaktub dalam perlembagaan kita. Ketika Kesultanan Melayu, undang-undang (ketika itu) memperkukuhkan hak bahawa orang Melayu dan Bumiputera adalah ‘Tuan’ Tanah Melayu.

“Malangnya, slogan itu kini disalah faham oleh sesetengah pihak sebagai hubungan ‘Tuan dan hamba’,” kata beliau dalam kenyataan dikeluarkan hari ini.

.

Ulasan

Catatan Popular