TAKDE PUN "KETUANAN MELAYU" DLM PERLEMBAGAAN : PAKAR

Takyah la UMNgOk nak gaduh-gaduh pertahankan 'Ketuanan Melayu' sebab benda tue pun bukan ade dalam perlembagaan... cumenya istilah yang dicipta oleh UMNgOk untuk memperkayakan kroni-kroni mereka.....


KUALA LUMPUR, 30 Nov — Istilah ”Ketuanan Melayu” tidak perlu dibahaskan kerana ia tidak wujud dalam perlembagaan negara, kata pakar sejarah Profesor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim.


Beliau berkata dalam aspek sejarah, hanya ”Ketuanan Raja” yang termaktub dalam perlembagaan kerana rakyat perlu menunjukkan taat setia kepada raja.

“Sebelum ini tidak pernah disebut ”Ketuanan Melayu” dalam masyarakat Melayu. Dalam sejarah hal sebegitu tidak betul. Yang ada dalam perlembagaan Cuma ”Ketuanan Raja” iaitu di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.

“Orang Melayu mendapat hak keistimewaan kerana mereka adalah rakyat raja, kerana itu raja yang penting. Kedudukan orang Melayu memang diberikan pertimbangan khas dan tidak perlu dipersoalkan,” katanya kepada Bernama malam ini.

Ulasan

Catatan Popular