10 Dis 2010

SYARIKAT MENANG SAMAN RM1 BILLION KERAJAAN PAS T'GANU!!!
abu nu'man10 Dis 2010 2 Komentar

(KOSMO) Selepas tujuh tahun menanti, sebuah syarikat pembalakan, Riyapadu Sdn. Bhd. (Riyapadu), akhirnya memenangi kes saman berjumlah RM1 bilion terhadap kerajaan negeri Terengganu di Mahkamah Tinggi di sini.


Saman itu dibuat berikutan dakwaan kecuaian dan mungkir janji kerajaan negeri yang dipimpin Pas berkaitan konsesi pembalakan di kawasan Empangan Kedua Hulu Terengganu pada tahun 2003.

Dalam penghakiman pada 27 Oktober lalu, Mahkamah Tinggi memerintahkan pihak defendan mengembalikan wang sebanyak RM25 juta yang telah dijelaskan oleh plaintif pada tahun 2003 kepada kerajaan negeri.

Ia melibatkan bayaran premium konsesi balak di kawasan seluas 16,592 hektar.

Selain mengembalikan bayaran premium tersebut, mahkamah juga memerintahkan pembayaran faedah sebanyak RM7.55 juta dengan kadar faedah empat peratus setahun selain bayaran lesen dan cukai balak berjumlah RM166,432.86 kepada plaintif.

Pas memerintah Terengganu dari tahun 1999 hingga 2004.

... Kerajaan PAS Terengganu akan bayar dengan syarat memang PRU 13 dulu la!!!!
In Category :
DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN WANGSA MAJU Blog Rasmi DPPWM Facebook dan Twitter

2 ulasan:

  1. nak bayar dengan apa? aritu PAS KEDAH nak sangat naikan air amek kau AIR ALLAH SWT betul-betul naikkan air abis alorsetaq NAIK AIR sampai air ohstat azizan naik kat kepala LA ....la ni PAS HADI nak sangat KAYA DENGAN BALAK ALLAH SWT BERI BALA 1 BILLION HINGGIT LEPAS NI NIK AZIZ JADI KHIR TOYO LAK SPRAM DOK PEGHATI AJAE DERMA GIAN GLAMOR SIAP ALLAH SWT BEGI GLAMOR ABIS sampai semput masuk ICU ANYWAY CU N.AJIS IN COURT KATA SPRM....

    BalasPadam
  2. insyaAllah.. PRU 13 PAS untuk tganu..
    ameen.. same2 kite doakn..
    ALLAHUAKBAR!!

    BalasPadam

................................................................................................

SEBARANG INFAQ / DERMA BOLEH DISALURKAN KEPADA

AKAUN DEWAN PEMUDA PAS
KAWASAN WANGSA MAJU
No. Account : 564557122098
Bank : Maybank
Branch : Wangsa Maju

................................................................................................

Disclaimer

Disclaimer/ Penafian

The views expressed in the posts and comments of this blog do not necessarily reflect the Dewan Pemuda PAS Kaw. Wangsa Maju (DPPWM). They should be understood as the personal opinions of the author or commenter. Your words are your own, so be nice and helpful if you can.

Tulisan dan komen daripada pembaca terhadap artikel di atas adalah pandangan peribadi dan tidak mewakili pendirian dppwm.blogspot.com. DPPWM tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan dan komen berkenaan.