SULTAN MESTI CAMPUR TANGAN...PERASUAH JADI PENGERUSI FELDA

Sungguh pelik, bagaimana manusia yang pernah disabitkan dengan tuduhan politik wang ketika bertanding jawatan naib presiden Umno pada 2004 dan digantung keahliannya selama 6 tahun dilantik menjadi sebagai pengerusi baru Felda .

Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan(ANAK) akan menggerakkan kempen pungutan tandatangan seluruh warga Felda sebagai membantah pelantika Tan Sri Isa Samad.


Presiden ANAK, Mazlan Aliman (kiri) berkata, gerakan mengutip tandatangan itu akan bermulai 1 Januari depan.

Tandatangan tersebut akan diserahkan sendiri kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam tempoh sebulan.

Mazlan memberitahu demikian dalam satu kenyataan hari ini sebagai mengulas pelantikan Isa sebagai pengerusi baru Felda.

"Jika ianya gagal melembutkan pendirian perdana menteri, satu memorandum akan diserah kepada Yang di-Pertuan Agong untuk memohon campurtangan seri paduka," tambahnya.

Di samping itu, katanya, pelbagai bentuk kempen akan dilakukan bagi mempastikan Isa (kanan) tidak akan dinobatkan sebagai pengerusi baru Felda.

"Justeru menjaga kepentingan warga Felda, saya mewakili warga Felda mendesak perdana menteri menarik balik perlantikan Tan Sri Isa sebagai pengerusi Felda.

Katanya, ANAK sangat dukacita dengan pengumuman perlantikan Isa (kanan) kerana beliau mempunyai rekod yang buruk, untuk menerajui Felda yang merupakan sebuah GLC terpenting milik Orang Melayu.

Ulasan

  1. Baisalah...UMNO / BN dah tak kisah pasal rasuah...Jadi permainan...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular