SENANG KEJE DPPWM : PDRM TOLONG IKLANKAN CERAMAH DSAI

Pertama sekali kami DPPWM mengucapkan jutaan kepada PDRM kerana tolong kami iklankan ceramah DSAI di Wangsa Maju malam ini.... so senang kerja kami pemuda ... tidak jenuh nak iklankan untuk tarik orang datang ceramah... sah-sah bila PDRM buat lagu nie... sume orang tau hatta kat Sabah Serawak pun tau yang ade ceramah kat Taman Melati... i luv u lah polis....

Tarikh: 14 Disember 2010
Masa: 9 Malam
Tempat: Tapak pasar malam Taman Melati, Wangsa Maju

Saya petik:

[MK] Polis mengingatkan orang ramai supaya tidak menghadiri ceramah umum PKR di tapak pasar malam Taman Melati, Wangsa Maju, di ibunegara.


Ketua Polis Daerah Sentul ACP Zakaria Pagan berkata penganjur tidak mempunyai permit untuk mengadakan ceramah umum itu.


Polis tidak meluluskan permohonan penganjur kerana ia boleh menyebabkan gangguan kepada ketenteraman awam dan keselamatan, katanya kepada Bernama melalui SMS hari ini.


Katanya pihak polis akan mengambil tindakan undang-undang sekiranya penganjur meneruskan majlis tersebut. Ceramah umum PKR, anjuran cabang Wangsa Maju, dijadualkan bermula jam 9 malam. Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual berucap di ceramah tersebut.

... ada mandi-mandi kot malam ni!!!!

Ulasan

Catatan Popular