PERSIDEN PERKASA YANG POYO... NAK HIDUP 25 TAHUN LAGI

KUALA LUMPUR, 30 Nov — "Tok Him (Ibrahim) akan hidup 25 tahun lagi untuk mengambil berat dan menjaga kepentingan kaum Bumiputera, rakyat Malaysia dan keselamatan negara,” kata Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali .


Datuk Ibrahim Ali yang kontroversial, yang mengisi ruang media tanpa putus-putus sejak dua tahun lalu, berharap akan dipanjangkan umur 25 tahun lagi bagi membolehkan beliau terus memperjuangkan kepentingan rakyat Malaysia khususnya orang Melayu.
Menjawab soalan pelbagai pihak seolah-olah beliau ‘senyap’ dari arena politik, Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas ini berkata beliau sedang berehat tiga bulan selepas menjalani pembedahan jantung pertengahan 18 Oktober lalu.
Ibrahim menjadi tumpuan pelbagai pihak termasuk pemimpin Barisan Nasional (BN) dan juga Pakatan Rakyat (PR) kerana menggunakan platform Perkasa dan Majlis Perundingan Melayu (MPM) untuk membawa isu-isu menyentuh kepentingan orang Melayu.
Beberapa pemimpin BN mendakwa tindakan Perkasa dan MPM yang dilihat keterlaluan akan menjejaskan sokongan kepada perikatan itu dalam pilihan raya.
Ibrahim, 57, berkata beliau akan kembali aktif awal tahun depan, dijangka bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13.
“Dalam sebulan lagi, saya boleh keluar semula untuk meneruskan perjuangan saya dengan aktif dan lebih berani, insya-Allah,” kata beliau.

Ulasan

  1. empunya blog,
    kau orang jangan tipu, jangan buat main-main, ini adalah maruah, silap hari bulan aku saman kua orang.
    Mana ada orang yg telah mati boleh hidup kembali?. Cerita org yg mati boleh mengeluarkan kenyataan bukan sahaja mencemar nama baik si mati, bahkan mengguris perasaan keluarga si mati.
    Brahim bin Ali, presiden Perkosa@perkasam dan MP P.Mas telah meninggal dunia setelah 7 hari mendapat rawatan di IJN kerana sakit jatung.
    Peduduk P.Mas telah menunaikan solat maya ghaib dan mengadakan tahlil kesyukuran selama 7 hari berturut-turut.
    SPR juga telah mengadakan mesyuarat menentu tarikh penamaan calon dan hari mengundi. Begitu juga parti-parti politik telah bersiap sedia untuk menghadapi PRK.

    BalasPadam
  2. ye ke dah meninggal??? memang lama dah pun tunggu PRK Pasir Mas... boleh gua balik ngundi...wakakakaka

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular