PERSATUAN PELAJAR SERTA DEMO 5 DIS INI
Persatuan Mahasiswa Selangor (Permasis) hari ini menyifatkan tindakan Syabas yang mahu menaikkan kadar air di negeri itu turut memberikan impak besar kepada pelajar yang menuntut di pusat pengajian tinggi di negeri itu.
Selain itu, Mahasiswa mahu tiada sebarang campur tangan daripada kerajaan pusat terhadap isu tersebut.
Menurut Presiden Permasis Izzuddin Helmi, pihaknya membantah sekeras-kerasnya tindakan Syabas yang dilaporkan mahu menaikkan kadar air di negeri itu sebanyak 37 peratus.
“Kami juga bersedia untuk turun bersama-sama dengan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim serta rakyat di negeri ini bagi menghantar memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong pada Ahad ini.
“Kami turut menyeru kepada seluruh mahasiswa, khususnya anak-anak Selangor serta mahasiswa yang menuntut di negeri ini untuk sama-sama menyertai perarakan bagi menuntut perhatian dari pihak Istana,” kata Izzuddin lagi.
Selain Permasis, bebarapa persatuan mahasiswa termasuk Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (Kami), Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Industri Selangor (Unisel) dan Gerakan Mahasiswa Sedar (GMS) turut membantah cadangan Syabas sambil menyifatkan ia akan menyebabkan rakyat di Selangor akan terus terbeban.
Sehubungan itu, gabungan tiga persatuan mahasiswa atau boleh dikenali sebagai Mahasiswa ini mahu ahli politik di negara ini mendengar luahan dan pendapat yang dikemukan rakyat.Selain itu, Mahasiswa mahu tiada sebarang campur tangan daripada kerajaan pusat terhadap isu tersebut.
Ulasan
Catat Ulasan