MAJLIS FATWA 1 MALAYSIA MABUK KELUAR FATWA UNTUK BUKAN ISLAM?

Mungkin majlis fatwa nie sudah semakin pening dengan port folio yang baru yang kene lebih kearah konsep 1 Malaysia bila semakin banyak fatwa dikeluarkan kepada BUKAN ISLAM... sebelum nie fatwa pasal larang orang bukan Islam masuk surau/ masjid ... sekarang nie pulak pasal baca Quran.... mereka dia dah kene daun ketum ke? atau pun pil kuda???

Apa dah takde fatwa nak diwartakan kepada orang Islam ke sampai soal haram dan halal pun bukan Islam ke ikut... mungkin lepas nie majlis fatwa akan larang bukan Islam makan babi pulak sebab Islam larang makan babi... dan depa nie semua WAJIB ikut sebab Majlis Fatwa 1 Malaysia. Tak ikut berdosa masuk neraka....

Saya petik....

Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan sebulat suara mahu perbuatan orang bukan Islam membaca dan membuat huraian terhadap teks al-Quran secara sewenang-wenangnya dihentikan bagi mengelak timbul keresahan dan perpecahan dalam masyarakat.


Dalam satu muzakarah khas, jawatankuasa tersebut memberikan nasihat dan teguran kepada seluruh masyarakat termasuk bukan Islam bahawa teks suci al-Quran tidak boleh digunakan untuk kepentingan tertentu termasuk bagi tujuan peribadi dan politik.

Pengerusinya, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Abdul Shukor Husin berkata, meskipun ulama tidak melarang orang bukan Islam membaca al-Quran, namun situasi semasa membabitkan tindakan beberapa pemimpin bukan Islam parti pembangkang menghuraikan teks kitab suci itu telah menimbulkan kekeliruan dan merenggangkan hubungan di kalangan umat Islam sendiri.

”Semua mufti melahirkan rasa tidak setuju dengan situasi yang berlaku sekarang dan perkara yang berlaku sejak 2009 termasuk isu orang bukan Islam memasuki rumah ibadat orang Islam dan terbaru tindakan Ahli Dewan Negeri Hutan Melintang, S. Kesavan membaca terjemahan petikan ayat al-Quran secara salah.

”Justeru kita mengambil langkah menggunakan kaedah ‘sad zaraik’ iaitu mencegah atau mengelakkan keraguan, maka kita rasa elok elakkan menggunakan teks al-Quran di atas pentas politik dengan kepentingan tertentu apatah lagi membaca maksud al-Quran secara tidak tepat.

”Mentafsirkan al-Quran tidak boleh dibuat secara sambil lewa atau spontan di atas pentas ceramah tetapi perlu ada kaedah tertentu yang mesti difahami daripada awal,” tegasnya.

Beliau berkata demikian kepada Mingguan Malaysia selepas mempengerusi muzakarah khas tersebut di Hotel Pan Pacific Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini malam tadi.

Sebanyak 10 ahli panel muzakarah tersebut hadir termasuk Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dan Mufti Selangor, Datuk Mohd. Tamyes Abdul Wahid.

Ulasan

  1. Barang kali Datok-Datok Nikah Kawin ni nak ambik kerja overtime sebab harga minyak, gula dan gas dah naik.

    Kalau Si India tu salah tafsir aku tak kisah sangat, sebab nama pun dia adalah seorang yang beragama Hindu. Yang media pi rujuk tafsiran Al-Quran dari dia apasal? Dah tak dak tukang tafsir Al-Quran nak dirujuk?

    Namun UMNO yang pandai baca Al-Quran tapi sampai sekarang tak jumpa hukum-hukum tentang hudud tu yang menjadikan mereka nampak hodoh sangat.

    BalasPadam
  2. bapa nukman kata :"mereka dia dah kene daun ketum ke? atau pun pil kuda??? "
    keh keh keh!
    kau jgn mengarut, kenapa nak kait-mengaitkan org yg kena pil kuda dgn mufti al-Mufta'. aku yg selalu perkena pil kuda pun masih guna kepala otak, bukan kepala lutut.
    aku masih ingat zaman Nabi dahulu pemimpin besar kafir Quraisy yg keluarkan fatwa melarang org-org Quraisy dari mendengar al-Qur'an, takut-takut termakan ajaran Islam.
    aku rasa baik fatwakan sekali org Islam tak boleh petik kata-kata dari kitab Injil, Konfiuszi, Lenin. Kerana kemungkinan tersalah tafsir, itu baru adil.
    Kita kena buktikan dahulu dimana salah terjemahan drp org bukan Islam. Kemudian jelaskan kpd mereka dimana yang salah, jgn terus tutup pintu pada org bukan Islam.
    Kalau terjemahan itu sengaja dibuat untuk mengkhinati al-qur'an, maka bukan sahaja org bukan Islam, bah orang Islam pun dilarang.
    Para mufti al-Mufta' ni dah jadi terompah kayu UMNO, bukan nak pertahankan al-Qur'an sangat, tapi India itu orang PKR, dia sindir UMNO yg tak mahu guna kepala otak, sebagaimana disaran al-Qur'an.

    BalasPadam
  3. Masa mesyuarat minum air buah ketum! hahahahahhahahhaa.....

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan Popular